Welcome Message

.

Masjid Ihsaniah Iskandariah, Padang Rengas

On the way balik ke Shah Alam dari Taiping singgah la pulak Kuale Kangsor... exit plus kuale tu pergi ke kiri dulu, singgah solat zohor.... lupa la pulak nama masjid tu... tapi dalam kawasan masjid tu tersergam satu bangunan dinamakan Masjid Ihsaniah Iskandariah, yang diiktiraf sebagai warisan negara...

Masjid Ihsaniah Iskandariah.

Masjid Insaniah Iskandariah dibina pada tahun 1936 dengan ihsan Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-30. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh baginda pada hari Jumaat 10 Zulhijjah 1356 Hijrah bersamaan 11 Februari 1938. Reka bentuk dan hiasan masjid ini diilhamkan oleh baginda berdasarkan seni bina Istana Kenangan di Bukit Chandan. Keseluruhan dinding kelarai (tepas) yang bermotifkan berlian merupakan anyaman buluh minyak yang telah disiapkan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.

Masjid ini mempunyai 20 buah tingkap dan tingkap di tingkat bawah dibina tinggi bagi memelihara pandangan. Setiap tingkap dihiasi dengan ukiran motif insang ikan Yu dan pucuk kacang pada kepala tingkap dan diserikan dengan ukiran bulan sabit serta bintang pecah lima. Jumlah tingkap yang banyak menjadikan dalaman masjid sangat cerah, nyaman dan selesa. Setiap sendi kayu dinding tepas dihiasi dengan ukiran sekuntum bunga tikam seladang bagi menambah lagi seri hiasan dindng. Corak kelarai kemudiannya dicat dengan warna bendera negeri Perak Darul Ridzuan sama seperti warna bagi Istana Kenangan. Seni ukiran paling menarik adalah pada papan perasmian masjid yang mempunyai Cop Mohor masjid yang dahulunya terletak pada hadapan mimbar tetapi kini telah musnah.

Masjid ini tidak digunakan lagi semenjak tahun 1976 dan menjadi semakin uzur dan usang sehinggalah ia diselamatkan dan dipulihara oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2008.


Untuk maklumat lanjut boleh ke laman Jabatan Warisan Negara dan rencana Kosmo!. Thank you.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...