Welcome Message

.

JS Cafe, Puncak Jalil

| 0 comments so far
Biasanya makan dulu baru solat Jumaat. Kalau solat di masjid kat area PUJ2, selain makan kat Tat Nasi Ayam, leh jugak makan kat JS Cafe ni...  dekat je dua-dua kedai ni...

Menyediakan masakan ala-carte...

Antara menu yang ditawarkan...


 Ruang dalam kedai yang tersusun dan kemas...

Ini Kuay Teow Kungfu, RM5.50


 Nasi Goreng Ayam/Daging, RM6.50


Mee Goreng Mamak, RM5.50... yang ni IMO sedap...

Updates : 25 March 2013

Grilled Chicken Chop, RM9.90

Chicken Chop, RM8.90 kut...


Location : 3.017267,101.675449


Restoran Anje, Nasi Beriani Gam Johor, Bangi

| 4 comments so far
Last Sunday, ada di PD... masa nak check out hotel, tertengok rancangan Jalan Jalan Cari Makan @ TV3... episod 32... Iqram pergi makan nasi  beriani kat Restoran Anje... uihhh sedap pulak nampak.... dah lama jugak tak makan kat Anje ni... dah lebih setahun rasanya... Cantik jugak ni kalau singgah kat Bangi sat pekene Nasi Beriani Anje...

OTW balik, terus masuk Bangi singgah di Restoran Anje... terletak di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Shop lot area belakang Petronas sebelah NIOSH.

Sekali sampai, punya la panjang line beratur.... konsep di sini ialah layan diri... kene beratur, sampai di kaunter depan tu, order nak makan apa... terus dia prepare dan ambil makanan dan order air pulak kat kaunter air... dapat air, terus bayar dan duduk di meja... pastu makan lahh..

Beratur sampai keluar kedai tu... dan sampai kedai sebelah beraturnye... nasib baik kedai sebelah tak bukak... setelah di selidik ngan blogger lain, kalau kuar kat JJCM confirm hari tu jugak penuh kedai makan tu.... terbaik!!!

Punya la ramai orang.... tapi sebab nak makan jugak, beratur je la... tapi ok... takde la lama sangat... Suruh wife beratur dulu, sementara saya cari meja.. dah dapat meja... terus order Laksa Johor satu... laksa, mee rebus/bandung leh order kat meja... tapi nasi beriani kene amik kat kaunter...

Dah nak sampai kaunter nasi beriani....

Tu dia... lauk beriani... yg paling dekat tu kambing beriani...

Wife amik Nasi Beriani Daging, RM7

Saya amik Nasi Beriani Kambing, RM8.30

Harga memang murah... dan makanan juga sedap, banyak pulak tu....

Laksa Johor, RM4

Kuah pekat dan sedap....

Berikut senarai harga makanan selain dari yg telah dipaparkan di atas...
  • Nasi Beriani Ayam, RM6.50
  • Nasi Beriani Ayam Masak Merah, RM6.50
  • Nasi Beriani Ayam, RM6.50
  • Nasi Beriani Ayam Kampung Goreng/Beriani, RM8.30
  • Laksa Johor/Mee Rebus/Mee Bandung/Soto, RM4
Memang terbaik!!!

Location : 2.933065,101.767922


Night Circle, Seksyen 11, Shah Alam

| 0 comments so far
Dah agak lama jugak tak pekene bubur nasi kat Night Circle... Ini antara kedai makan yang provide menu bubur nasi... beroperasi bermula lewat petang hingga awal pagi... nama pun Night circle kan... pelanggan memang ramai..

Stall bubur nasi yang terletak di dalam kedai ini...Apa yang ada di stall ini adalah bahan2 mentah yang akan dimasak dijadikan lauk untuk bubur nasi... seperti hirisan ayam, daging, paru, ikan bilis, kacang tanah, ikan laut (kembong, selar dll), pelbagai jenis ikan masin, telur masin, sayuran dan macam2 lagi... tapi semunya mentah... apa yang perlu kita buat ialah order lauk apa yang kita nak dan dia akan masak terus.

Nak goreng biasa ke, nak goreng kicap ke, nak goreng pedas ke.... order je... nnt dia buat laa...

Selain dari bubur nasi, ada banyak lagi stall yang jual pelbagai jenis makanan lain seperti western, satay, sotong kangkung, keropok lekor, char kuay tiow, yong tau foo dan tahu bakar.

 Sementara tunggu dia masak lauk, order la tahu bakar dulu....



 Bubur nasi.. ada letak lobak masin kat atas...

Ayam goreng kunyit

Daging goreng kunyit

 Sayur goreng
Kembong goreng kicap... Harga? mintak maaf... tak tau, sebab orang belanja... hehehe tapi tengok dia bayar duit 50 ada balance... so i assume dalam RM40+...


Location : 3.075094,101.529389


Cendol Seksyen 18 Shah Alam

| 3 comments so far
Sebelum ini pernah ada entri mengenai Cendol Pak Akob dan telah mendapat 1 respon mencadangkan cendol seksyen 18 ini...

Last week berkesempatan pergi ke gerai nya yang terletak di sebelah Masjid Nahdhah Al-Islam Seksyen 18 Shah Alam. Walaupun petang tu agak mendung, tetap pergi jugak menunaikan niat di hati.

 Menggunakan kereta sorong berpayung besar menjual cendol dan juga rojak mamak.

Ais diparut menggunakan tangan diatas bangku kayu yang terselit pisau tajam.

Cendol yang pekat berlemak memang sedap. Harga cuma RM1.50 semangkuk.


Location : 3.052143,101.522131


Kak Nora Nasi Kukus Ayam Berempah, Shah Alam

| 0 comments so far
Nasi Kukus Ayam Berempah, satu menu yang sangat simple... tapi sedap...

Banyak kedai dah bukak jual menu ini dan HANYA menu ini sahaja yang dijualnya... termasuklah Kak Nora ni...

Terletak sama tempat dengan Yazid Burger, Pak MJA&N Delica dan D'Arab Cafe iaitu di Kompleks Perniagaan Anjung 7, Seksyen 7 (belakang Unisel), Shah Alam.

Pergi awal, takde la orang... kalau tengahari, beratur panjang giler...


Pilih la bahagian ayam mana yang korang nak...


Pastu dia amik nasi dalam piuk kukus tu...



Balik rumah je makan.... nk makan situ pun boleh... Harga, RM6 sahaja...

Location : 3.076289,101.495784


Felda Residense Hot Springs, Sungkai

| 2 comments so far
Last month berpeluang ke Felda Residence Hot Springs atas urusan kerja. Hotel yang cantik... jauh ke dalam kawasan Felda... udara yang nyaman, jauh dari bunyi kenderaan.... tenang sekali


Deretan bilik-bilik hotel


Ruang dalam bilik hotel... 

Sinki bilik air



Cafe... tempat breakfast...

Di belakang hotel ini, ada hot springs... Siap dengan pantai buatan... tapi air panas la kan...


Memang betul 30 min je rendam kaki... bukan apa, pasal tak sempat nk rendam pun... keje kan... bukan jalan2...


Sedap betul kaki kene rendam....

Location : 3.995096,101.392841


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...