Welcome Message

.

Mee Bandung Muar

| 1 comments so far
Muar memang terkenal dengan mee bandung... pun begitu, sekarang ni susah gak nak cari kedai mee bandung yang sedap kat muo ni... tak macam dulu...

Location : 2.064848,102.555555


Mee Bandung Central adalah antara kedai yang mee bandung dia, bagi aku, sedap... Kedai ni sempoi je... terletak betul2 depan pintu masuk Sekolah Menengah Sains Muar.


Ni lah rupanya meebandung central ni.... RM3.50 kut...

style dia masak bukan lagi masak cara dulu... iaitu buat mee bandung ni bile orang order... sekarang ni, dia dah buat siap2 kuah mee bandung satu piuk besar... segala rencah2 semua dah ada dalam kuah tu... then diaorg prepare a lot of pinggan with mee dan telur yang dah masak... bila orang order je, terus dia taruk kuah tu atas mee... cepat dan masih sedap...



pun begitu, aku rasa service dia kureng skit... order lambat gak sampai, mungkin sebab orang terlalu ramai.... setakat ni dah beberapa kali aku pegi, sentiasa penuh... sampai orang datang menunggu tempat duduk... banyak jenis makanan kedai ni, dari goreng2 ke ikan/kerang bakar, soto, satay... tapi ramai orang order mee bandung dia....

Anyway, sebab sedap... orang still pegi jugak....

Kalau ada kedai mee bandung yang sedap lagi boleh tolong rekemen kat aku yer...


View Larger Map

Mohd Shah Bariani, Batu Pahat

| 0 comments so far
Kita pi sat Batu Pahat... 'B', 'a', ba, tu pahat... hehehe dulu kecik2 punya eja batu pahat...

dari muo nak ke batu pahat, jom kita singgah jap makan nasi bariani mat shah, betul2 sebelum jambatan batu pahat tu, ada medan selera sebelah kiri... berdepan dengan medan selera tu ada hospital swasta... lupa dah nama dia...


medan selera... banyak kedai jual nasi bariani, tapi mohd shah punya ni yang ramai orang...


pi beratur kat kedai dia, ada 3 piuk besar...


1 piuk kambing...


1 piuk nasi bariani...


1 piuk ayam...


aku amik bariani kambing... mana kambing nyer??? ada kat dalam nasi tu... Harga.... murah giler.(compare to KL)... baru RM6.00, bariani ayam baru RM5.50....




nasib baik aku pegi awal... kol 10 lebih sudah sampai... orang tak ramai lagi.... kalau tidak beratur panjang le jawabnye....


Duk kat mana2 pun boleh.... takde hal... banyak meja....

Bariani Mohd Shah Batu Pahat ni antara yang sedap... dah lama dah kedai dia ni.... sampai kan orang kl datang sini semata2 nak makan nasi bariani dia pun ada.....

Setiap hari buka dari 8 pagi hingga 10 malam... (uihhh pagi dah makan nasi bariani beb...) Tapi hari Jumaat tutup...

Location : 1.858895,102.922561


View Larger Map

Kolam Air Panas Sungai Gersik, Muar

| 3 comments so far
Dari Selatan ke Muar, boleh la singgah sebentar di Kolam Air Panas Sungai Gersik, merendam2 kaki yang penat ni di dalam air nya yang panas...

Location : 1.942363,102.742252


Pintu Gerbang jalan masuk ke Kampung Sungai Gersik. Tepi jalan besar je, dari arah selatan ke bandar muar, sebelah kanan.


Kira-kira 3-4 km ke dalam, jumpalah kawasan ini




Sejarah Kolam Air Panas Sungai Gersik
Menurut Sejarah yang dapat di kesan dari Pejabat Pendaftaran Tanah dan cerita orang-orang tua, pembukaan Kg Sungai Gersik ini bermula pada tahun 1883. Peneroka asal kampung ini ialah Orangkaya Ali dari Muar dan para pengikutnya yang menyusuri pantai Selat Melaka setelah berlaku perselisihan keluarga.
Penemuan kolam air panas Sungai Gersik merupakan satu-satunya kolam yang airnya sentiasa panas secara semula jadi terdapat di Daerah Muar khasnya dari Negeri Johor amnya.
Kolam air panas ini mula ditemui oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Haji Irsad atau lebih dikenali dengan nama Haji Abd Rahman Getu pada tahun 1911. Ketika itu, Kampung Sungai Gersik telah diterokai sejauh 2.5 km ke pendalaman dan kawasan sekitar Kolam Air Panas ini masih lagi hutan belantara.
Pada suatu hari, Haji Abdul Rahman telah masuk ke hutan untuk mencari linau dan anak kayu untuk dijadikan bahan membuat pondoknya. Setelah linau dan anak kayu diperolehi menjelang tengahari, beliau ternampak sesuatu yang aneh menyerupai sebuah tasik kecil bergaris pusat kira-kira 3 meter dikelilingi oleh lembah berlumpur serta semak. Airnya menggelegak dan berasap mengalir ke lembah disekitarnya.
Setelah itu, Haji Abdul Rahman berasa seram dan takut lalu terus meninggalkan tempat itu tanpa mengambil kayu yang dikumpulkannya tadi. Malang sungguh nasib Haji Abdul Rahman kerana beliau tidak berjaya mencari jalan pulang, sesat hingga ke senja. Haji Abdul Rahman pun pulang lantas menceritakan kisah penemuannya itu kepada penduduk kampung. Anehnya kolam yang menjadi cerita hangat dikalangan penduduk kampung itu tidak pula ditemui bila dicari.
Kira-kira 3 bulan kemudian, Haji Abdul Rahman bersama rakannya bernama Rajikan pergi ke hutan mencari anak kayu dan rotan menemui semula kolam air panas yang diceritakan itu. Beliau terus merintis jalan serta membuat tanda pada pokok-pokok sapai ke jalan keluar dari tempat yang tidak dapat dilupai hingga sekarang.
Daripada, Pejabat Daerah Muar, JKKK Sg. Gersik


Yang tengah bulat tu lah kolam air panas nye. yang kolam keliling kolam bulat tengah tu, air nya suam2 je... Ada disediakan awning untuk duduk merendamkan kaki


Aku pun rendam lah kaki... perrrgghhhhhhhh!!!! panas giler mula2 letak tu.... pastu ok sikit bila kita buat donno je... lama2 ok laa.... tapi bila dah lama sangat, mau masak kaki aku rasa... paling lama pun 1 minit lebih je aku tahan.... tak biasa beb... tapi lepas tu, rasa ringan je kaki... banyak khasiatnye rendam kaki kat kolam air panas ni... tapi aku tak tau pulak apa khasiatnyer... belasah aje la...


tapi awek 3 orang tu dengan relek nye, dia letak kaki dia... aku kira2 ada dekat 10 minit dia letak.... itu pun aku dah belah dulu masa tu... tak tau laaa berapa lama lagi dia leh tahan... orang dekat2 sikit kut.... biasa dah...


View Larger Map

Beras Terbakar, Langkawi

| 0 comments so far

Padang Beras terbakar ini terletak di halaman rumah Ku Halim bin Ku Hassan, Kampung Raja, Mukim Padang Mat Sirat, 17 km dari Pekan Kuah
Semasa berlakunya peperangan antara Siam dengan Langkawi di Selat Pancur, Dato Kemboja selaku ketua perang angkatan Langkawi terasa akan kalah di tangan Siam. Beliau dengan segera menghantar utusan ke Padang Mat Sirat mengarah semua penduduk kampung mengumpul padi hasil menuai mereka di suatu tempat untuk dimusnahkan atau di bakar.
Penduduk kampung telah mengorek sebuah lubang besar dan padi yang dikumpulkan dimasukkan ke dalam lubang ini lalu di bakar. Perkara ini terpaksa dilakukan bagi mengelakkan padi itu dirampas oleh pihak Siam yang mana akan menjadi bekalan utama mereka apabila bertapak di Pulau Langkawi.
Dari peristiwa inilah hingga sekarang masih terdapat kesan beras terbakar yang dapat dilihat dengan jelas di hadapan rumah Ku Halim Ku Hassan.

Pusing-Pusing Pulau Langkawi

| 0 comments so far










Pusat Sains Negara, Cawangan Wilayah Utara, Gunung Kriang

| 0 comments so far
Sambung sat citer lepas makan nasi royale... esok pagi nye kami pi Pusat Sains Negara, Cawangan Wilayah Utara, Gunung Kriang, masa tu baru launch...


Baru rasmi 1 Mac 2010... masa aku pi ari tu bulan 5, masuk free lagi... kaunter tiket ada, tapi tanya, dia kata buat masa ni masuk free lagi, tak tau bile start kene bayaq...


OK gak tempat dia, macam pi KLCC tu, apa nama petrosains tu la...




puting beliung buatan...


haaaa ni simulasi gempa bumi... dok dalam tu, pastu tekan switch... nanti rumah tu bergegar la, kira macam rasa gempa bumi... ada 3 stage gegaran dia... tak penah aku rasa gempa bumi.... uuuu mintak jauh la.... amin...

actually banyak lagi permainan ada... bagus la... kira educational punya tempat... good for kids and also dewasa jugak....


sebelah pusat sains ni, ada muzium padi.... tapi tak sempat nak pi, pasai nak pi padang besaq... shopping...

Anyway, thank you veru much to sis... bawak aku merata jalan... nanti hang mai tempat aku, aku lak bawak hang jalan....

Soto, Satay Muar

| 0 comments so far
Haaa ini antara kedai biasa aku pegi stiap kali balik muo. Kat Parit Sakai, aku pun tak tau nama kedai ni apa... Tapi dia ada jual goreng2 punya makanan, soto, satay dan macam2 lagi... bukan style siam punya macam kat kl... ni melayu punyer taste...


Ni brader otai tengah kipas satay


ni satay ayam dan daging, for me, lagi sedap dari satay kajang... order je, baru dia bakar, fresh dan bersari... harga 50sen 1 cucuk...


Soto ayam, RM3.50 kut... ni menu pasti aku bila makan kat kedai ni...

Location : Parit Sakai, kalau dari arah muar ke selatan, kedai sebelah kiri, tepi jalan betul. sebelah kedai ni ada kedai jual kereta....

Nasi Royale, Pantai Johor

| 0 comments so far
Malam tu pulak, kita pi makan Nasi Royale kat Pantai Johor. Mengikut member aku, ni special kat kedah la... pasai tak jumpak lak kat kl...


Nasi dia kaler macam nasi minyak, tapi dia dok tulis nasi lemak....




Lauk pulak macam lauk nasi kandar... memang sedap... makan nasi saja pun sedap... harga aku tak tau, pasai member aku yang belanja ni... Thank you sis...

Kedai : Restoren Nasi Lemak Royale
Location : Pantai Johor, dekat aje dengan Istana Anak Bukit... macam sebelah aje...

Zakaria, Laksa Teluk Kechai, Alor Setar

| 0 comments so far
Balik Langkawi, Member aku ajak makan laksa teluk kechai. on the way tu, singgah kat kedai ni, pasai nampak kedai ni ramai giler org.


laksa teluk kechai... lain sikit dari laksa penang yang biasa kite makan kat kl ni...


pulut sambal..


pulut + sambal daging.... sedap...

Kedai : Zakaria Laksa Teluk Kechai
Location : lupa... tapi kat Teluk Kechai la... on the way dari jeti kuala kedah to langgar... kedai sebelah kanan.

Restoren Bamboo Cenang, Langkawi

| 0 comments so far
Restoren Bamboo Cenang ni terletak di tepi sawah, jalan dari Pantai Cenang menghala ke Airport Padang Mat Sirat, Langkawi. Kedai sebelah kanan, bukak start petang kut sampai tgh malam.


Air Kelapa, teh o ais, teh o ais limau


Kerang Bakar
Ketam masak black pepper (recommended), memang sedap, ketam dia manis...


Ikan Gerut bakar. Tanya mamat kedai tu, nak ikan bakar apa yang sedap, dia kata biasa gerut ni la org buat bakar sahaja. memang sedap jugak.
Abis dah...

Semua sekali masuk air, plus dgn makanan lain, sotong celup tepung dgn apa ntah 1 lagi, RM 56. OK la harga dia berbanding dengan aku makan kat Pantai Cenang tu....

Lat Cafe, Tanjung Bungah

| 0 comments so far
Sebelum pi penang, aku telah direkemen kan makan kat sini, makan dekat Tanjung Bungah... Kedai dia kat depan Masjid tsunami. Lat Cafe...

Lauk
sambal udang besar, ayam goreng, sayur taugeh, RM 6 lebih.

I
kan caru belah sambal, sambul udang besar, sayur campur, RM 7 lebih
Masjid Tsunami ni kut...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...