Welcome Message

.

Warung Satar Kak Nab, Geliga, Kemaman

| 1 comments so far
On the way balik, confirm singgah kat Geliga, Chukai di daerah Kemaman, Terengganu... pekene satar... nak pegi Aziz Satar dah petang, so kita pi Warung Satar Kak Nab pun ok jugak....


Brader sedang mambakar satar


ABC

Laksa

Kepok

Satar, 4 biji, RM2... sebatang(ada 10biji), RM5...



Mee Kari

Mee sup

Bihun Sup... kicap pedas giler, member tak abis makan

Agak banyak jugak kereta yang singgah di kedai ni...

Harga makan gua 5 orang semeja, RM49
Satar - 3 btg (30biji)
ABC - 4
Mee kari - 1
Mee sup - 1
Bihun Sup - 1
Laksa - 1
Kepok -  RM6
Air - 4

Location : 4.209262,103.436644

Sup Tulang, Kedai Awek, Kuala Terengganu

| 0 comments so far
Kedai ni takde nama... gua dah tanya pun... "Dik, kedai ni nama apa dik?" "Takde nama bang... bukak malam je... pagi orang lain...." mmmmm..... itu macam... tapi, gua sepakat menamakan kedai ni, kedai awek baju kurung.... sebab pekerjanya adalah awek2 pakai baju kurung belake....

Sup tulang, RM6

Dinner gua... nasi, sup tulang, telur dadar...


Sup perut, RM5



Location : 5.336115,103.144592

ICT Haji Pok Long, Pantai Teluk Ketapang

| 0 comments so far
Dah sampai Terengganu, tak sah kalau tak makan ICT (Ikan Celup Tepung)... Banyak kedai yang menyediakan sajian ICT ni... antara yang popular Pok Long ni la.... belakang airport kuala terengganu... gua dah makan kat kedai ni beberapa kali.. ingat nak makan kat kedai lain lak, sebab nak menunaikan hajat member, gua pergi la jugak...

Ikan Kembung, RM3 - RM4 (ikut harga pasaran)

Ikan Selayang, RM 2 - RM3 (ikut harga pasaran)

Pari (sebelah kiri), RM2 - RM2.50

Kepok, 2btg, RM1 

Udang, RM5 sepinggan

Pari & Selayang

Sotong, RM5 sepinggan

Masa Perniagaan : 2.30pm - 7.30pm... ramai orang oooo
  


Location : 5.38691, 103.11297

Ikan Patin Gulai Tempoyak, R&R Temerloh

| 0 comments so far
Last week gua ke Terengganu, kirja.... Dalam bas dok bercerita pasal patin... on the way, singgah sat kat R&R Temerloh... Lapor... member rekemen pekena patin kat NMN Jaya Enterprise, gerai no 7.

Member gua sudah angkat kepala....

Gua angkat ekor la pulak.... seketul RM7.00, patin sangkar....

Nasi + sayur + patin = RM9.20.


Location : 3.512966,102.440134

Pak MJ Cafe (Halal Marshmallow), Seksyen 7, Shah Alam

| 2 comments so far
Kalau tuan ingin mendapatkan marshmallow halal, tuan boleh ke Pak MJ Cafe di Kompleks Perniagaan Anjung 7, Seksyen 7 (belakang Unisel), Shah Alam. Dalam satu bangunan dengan Yazid Burger...

Untuk maklumat lanjut boleh ke blog Pak MJ Cafe.


Logo Halal.....

Terdapat pelbagai rasa... 

package...

bentuk, warna... 

dan... harga....
  

Gua penah dapat goodies ni, masa menghadiri majlis perkahwinan....

Nak beli, beli hari Jumaat.... diskaun 20%... yg 1pack RM2, boleh dapat RM1.60 sahaja...

Nak makan gitu je pun boleh... tapi pekerja MJ rekemen Hot Chocolate dengan marshmallow... Blogger ceritacaye ada tunjuk camana nak buat...

Location : 3.07665,101.495999



Nasi Lemak Pak Ayob, Seksyen 20, Shah Alam

| 0 comments so far
Sepanjang bulan posa ni gua akan post beberapa entri yang belum sempat gua nak post kan... sebab bulan posa ni gua tak bukak posa kat luar...so takde jom makan baru la kut... banyak homemade je...

Gerai Nasi Lemak Pak Ayub adalah antara gerai nasi lemak yang agak popular... sebab gua tengok ramai beratur nak beli nasi lemak ni...

 Siap dengan menu...


Gerai ni terketak dalam kawasan Restoren Ali's Corner Seksyen 20. 

Gua selalu pekene roti kosong banjir je kat sini. Terbaik... tapi tak pernah makan nasi lemak pak ayob, sebab gua jarang breakfast nasi lemak...


Tapi kali ini, wife gua nak try rasa... sebab setiap kali datang memang beratur panjang....

Ini lah nasi lemak nya... lauk rendang daging dan kerang.... harga RM5.50

Rasa memang sedap especially rendang nyer.... 

Terperasan pulak gua ada notis ini...
"Kepada pelanggan yang dihormati..... Kami keluarga warung N.L.P.A ingin mengumumkan pembukaan warung sulung kami, di #31, Jalan Singa G, 20/G, Seksyen 20. Berhadapan apartment Suri Puteri. Waktu dibuka: Pagi (06.30 pagi - 12.30 ptg), tutup sementara, Petang (05.30 ptg - 12.30 pagi)...."

Gua tak pasti gerai di restoren Ali's Corner ini akan terus beroperasi atau tidak...

Ini lah kedai Pak Ayob sendiri... Boleh view entri terbaru tentang Nasi Lemak Pak Ayob Part 2

Location Warung baru Pak Ayob : 3.051765,101.538828




Location gerai di Restoren Ali's Corner : 3.056295,101.541497

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...