Welcome Message

.

Perigi Hang Tuah, Melaka

Zaman sekolah je pegi tempat ni... lawatan sambil belajar kan... dah lupa, so gua pun singgah la sebentar di Perigi Hang Tuah


Lokasinya terletak di Kampung Duyong. Perigi ini dikatakan digali sendiri oleh Hang Tuah. Keadaan bentuk, keluasan dan kedalaman perigi ini berubah menjadi besar yang mana dahulu dikatan kecil sahaja. Ianya tidak pernahkering walaupun di musim kemarau panjang airnya yang jernih di anggap suci kerana dapat menyembuhkan sebarang penyakit dan juga untuk kegunaan bayar niat atau sebagainya.
Kepercayaan masyarakat tempatan bahawa ada buaya putih yang tinggal dalam telaga tersebut. Buaya putih tersebut ada kaitan dengan Hang Tuah yang di anggap sebagai keramat Hang Tuah. Dikatakan dengan adanya perigi tersebut, dibuat kesimpulan bahawa Hang Tuah berasal dari Duyong, Sumatera Timur oleh masyarakat setempat. Alasan yang digunakan oleh mereka juga sama kerana di sana dikatakan terdapat sebuah perigi Hang Tuah.
Sejarah dan latar belakang beliau dapat dirujuk dalam keterangan Makan Hang Tuah. Perigi ini berada di bawah jagaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan keadaan persekitarannya terkawal.
Perogi Hang Tuah telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapaktanah bersejarah di bawah akta bendapurba bilangan 168/1976 pada 29/09/1977.









Location : 2.200163,102.296952

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...