Welcome Message

.

Medan Selera Tanjung Emas, Muar

Kat Muar ada Tanjung Emas. Kat Tanjung ni ada satu medan selera. Macam-macam makanan ada... rojak mee ada, asam pedas ada, mee bandung ada, nasi ayam ada... tapi hari ni gua pegi kedai mee sup dan rojak petis... kedai no. 1 dan no. 2... memang terbaik....

No. 1, menunya
- Nasi Ayam RM 4 je
- Nasi Goreng Ayam RM 4 je
- Soto/mee bihun sup/mee goreng RM 3.50 je...
Murah giler....

No. 2, specialties dia rojak petis laa..... menu tgok gambor atas...





Ini dia mee sup dan mee hoon sup, baru RM3.50... ada ayam, ada telur dadar, ada tahu, ada sayur... mee dan sup pun banyak....

Ini pulak Nasi Goreng Ayam..... Baru RM 4... kenyang makan

Ini dari kedai no. 2, rojak petis... ada nenas, sengkuang, timun, tauge, kangkung, kuih... marvelous... 

Lai Ci Kang baru RM 2... banyak menatang dlm ni... barli, cincau, kemang semangkok, cendawan, kundur, natadecoco, mata kucing ntah apa lagi gua pun tak tau nama dia...

ABC RM2

Air Jagung

Di bawah ini disertakan juga beberapa foto berdekatan dengan medan selera.

No. 1 kedai paling kiri sekali

Medan Selera

Di hadapan medan selera ada water feature



Terdapat banyak pokok-pokok besar yang berusia puluhan dan ratusan tahun mungkin.

Kereta Api Muar

Terdapat juga kepala kereta api lama yang menjadi tanda sejarah dimana wujudnya perkhidmatan kereta api di Muar pada zaman dahulu. Sila rujuk http://ms.wikipedia.org/wiki/Muar#Keretapi_Kerajaan_Muar



View Larger Map

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...