Welcome Message

.

Mee Rebus Tulang : Homemade

| 1 comments so far
Pertamanya, Selamat Hari Raya.... Raya sampai tak sempat nak update blog... dan tak pergi kedai makan pun... asyik pegi open house je....


So untuk entri kali ini gua post kan Mee Rebus Tulang yang gua buat sendiri sebab nak menjamu orang datang beraya... Mee Rebus ni memang popular di Muar... Mee Rebus Tulang ni pulak popular di Johor Bahru. google je, mesti keluar punya... antaranya blogger zarinasrk dan fauziibrahim. Thank you guys...

Tapi gua pakai Perencah Mee Rebus Adami... cuma gua adjust sikit bagi lagi sedap....

Ini lah Perencah Mee Rebus Muar keluaran ADAMI yang gua gunakan.... boleh didapati di kedai-kedai Agrobazar... ala kedai fama tu... atau boleh rujuk di sini untuk senarai kedai2 yang menjual produk Adami ni...

1. Rebus dulu tulang beberapa jam sehingga empuk... gua guna tulang rusuk dan sedikit tulang tengkuk... banyak giler isi... masukkan sekali beberapa biji kentang yang mana akan dilecek untuk memekatkan kuah mee rebus tu nanti...


2. Tumis bawang putih, bawang merah dan udang kering yang telah di blend sehingga garing.


3. Kemudian masukkan je perencah me rebus tu.. tumis sekali...


4. Selepas beberapa minit, masukkan air rebusan tulang dan tulang sekali la... kacau, biar api kecik, bagi dia sebati...


5. Lepas tu masukkan kentang yang telah dilecek untuk memekatkan sedikit kuah mee rebus ni... pekat baru sedap...


6. Sementara tu gua goreng kacang tanah, dan blend... untuk ditaburkan ke dalam kuah mee rebus tu, bagi dia lemak....



7. Dah siap kuah mee rebus... then prepare la mee dan bahan2 rencah lain...

  • Mee dah tentu la.....

  • Tauge
  • Tauhu
  • Lada hijau/merah
  • Telur rebus
  • Asam limau
  • Bawang goreng
Pastu jadi la mee rebus tulang...



Semprit dan Tart

| 2 comments so far
heheheh nak raya dah... kita cerita kuih raya la pulak kan....

Semprit Dahlia

Semprit

Tart Nenas

Suji

Ini merupakan antara kuih tradisi yang gua beli untuk raya tahun ini.... kat mana gua beli... kat A&N Delica, Homemade Stylefood, Kompleks Perniagaan Anjung 7, Seksyen 7 (belakang Unisel), Shah Alam... sama tempat dengan Yazid Burger dan Pak MJ Cafe....

Top product dia, semprit, makmur dan tart... kalau gua singgah kat sini mmg gua selalu beli semprit dia... sebab kuih2 di sini, sepanjang tahun ada...

tengah dok menggentel tart nenas....

Ini antara kuih2kuih yang ada dikedai ini...




Semprit, bekas yang kecik penjuru atas kanan tu, harga RM14...
SempritDahlia, bekas kecik... RM12, bekas besar, RM18

Kerepek pun ada...

Location : 3.076289,101.495784

Bazar Ramadhan @ Seksyen 17, Shah Alam

| 2 comments so far
Terletak berhampiran dengan Stesen Bas Ekspress, Seksyen 17 Shah Alam.... Gua lihat, ini antara bazar yang meriah dan ramai pengunjungnya serta menyediakan pelbagai jenis juadah berbuka puasa...

Ayam golek... pandai dia menarik perhatian pengunjung... ayam golek ni dia letak depan, gerai nya kat belakang.... baru pengunjung tertarik tengok ayam bergolek, panas2 dan berasap...

Ikan pari tuka bakar sambal dan kerang...


akok...


Pelbagai jenis kuih,...

Kali ini gua terkena macam apa yang juadahmalaysia kena... makanan dah spoil masa nak berbuka.... anak gua nak nasi goreng... gua pun beli lah... sekali nak buka, anak gua kata rasa lain... gua rasa... alamak, dah basi....mmmmmm... nasib baik gua ada beli mee goreng, byk pulak 1 bungkus tu... dengan jiran bagi bubur lambuk lagi.... ok la..... nasib tak berapa baik.... 


Nasi Kerabu...


nasi kerabu lagi...

gua rasa, kat sini banyak juadah dari pantai timur gua jumpa.... ini pulak ayam percik stail kelantan.... 


Location : 3.046524,101.50306

Bazar Ramadhan @ Seksyen 18, Shah Alam

| 0 comments so far
Tak semeriah yang gua jangkakan.... bazar kat Seksyen 18 ni, gua rasa tahun2 lepas lebih meriah lagi..... gua rasa laaaaa... tak tau plak orang lain.... apa pun tengok je la foto2 ni...



Sayap.... gua rasa, mana2 bazar ada menu ni...


Ayam golek


Roti John... 

Soya

Nasi Ambang...

Nasi Ambang jugak... tapi kedai lain...

Location : 3.045538,101.517373

Bazar Ramadhan @ Stadium Shah Alam

| 2 comments so far
Ini merupakan satu bazar yang sangat meriah dan paling besar kut kat shah alam ni.... mempunyai gerai yang banyak. Juadah yang jarang-jarang kita jumpa boleh kita dapat di sini...

 Lebih seratus gerai gua rasa...


Nasi Itik

Nasi Briyani Ghafur

Gear box

Blue Coral... apa rasa air ni?

Cendawan goreng... ada 5 perisa...

Kambing golek...

Ikan Bakar

Pelbagai jenis kuih

Air Tembikai... pekat ni, piyor... RM3 sebungkus...

Roti Bom

Roti John... ramai giler beli...

Kambing golek lagi

 Pelbagai cendol

Gear box lagi

Bihun sup

Kurma

Pecal

Cempedak goreng

Kedai Ayamas pun ada...

Pening kepala nak memilih... semua nak... tapi ingat, daripada Bazar Ramadhan, jangan sampai bertukar pulak jadi Bazir Ramadhan...

Location : 3.081428,101.54884

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...