Welcome Message

.

Gerai Yeop Helmi, Kuala Kangsar

| 0 comments so far
Tanya brader kat kedai labu sayong tadi, kat mana makan sedap kat kuale.... dia rekemen Gerai Yeop Helmi ni...

Gerai Yeop Helmi, menghadap Sungai Perak. Menyediakan masakan tradisional, gulai tempoyak special, ikan bakar, rendang daging, rendang limpa, dll

Ni kepala patin... ni member sudah cekau... 

ni isi la.... gua amik yang ni... pasal sampai pun dekat pukul 3, nasib baik ada lauk lagi... ni pun last...


Yang ni ikan kelabo... kata akak yang jual tu... orang kl kata kelabau la... blogger renjersungai selalu mendaratkan ikan kelabau ni.... gua 1st time makan ikan ni... sedap... tp banyak tulang...



Harga semua termasuk 3 pinggan nasi, 3 air dan 1 mangkuk rendang limpa (x sempat nk amik gambo), RM34... boleh la....

Location : 4.773393,100.943692

Labu Sayong

| 0 comments so far
Lepas Solat... nak makan.... nampak pulak tempat buat labu, tak jauh dari Masjid Ihsaniah tu....singgah la pulak....

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia ada maklumat lanjut mengenai labu sayong...


 Deretan labu yang belum melalui proses pembakaran

 Antara mould yang digunakan




Produk siap


Location : 4.773109,100.895246

Masjid Ihsaniah Iskandariah, Padang Rengas

| 0 comments so far
On the way balik ke Shah Alam dari Taiping singgah la pulak Kuale Kangsor... exit plus kuale tu pergi ke kiri dulu, singgah solat zohor.... lupa la pulak nama masjid tu... tapi dalam kawasan masjid tu tersergam satu bangunan dinamakan Masjid Ihsaniah Iskandariah, yang diiktiraf sebagai warisan negara...

Masjid Ihsaniah Iskandariah.

Masjid Insaniah Iskandariah dibina pada tahun 1936 dengan ihsan Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-30. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh baginda pada hari Jumaat 10 Zulhijjah 1356 Hijrah bersamaan 11 Februari 1938. Reka bentuk dan hiasan masjid ini diilhamkan oleh baginda berdasarkan seni bina Istana Kenangan di Bukit Chandan. Keseluruhan dinding kelarai (tepas) yang bermotifkan berlian merupakan anyaman buluh minyak yang telah disiapkan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.

Masjid ini mempunyai 20 buah tingkap dan tingkap di tingkat bawah dibina tinggi bagi memelihara pandangan. Setiap tingkap dihiasi dengan ukiran motif insang ikan Yu dan pucuk kacang pada kepala tingkap dan diserikan dengan ukiran bulan sabit serta bintang pecah lima. Jumlah tingkap yang banyak menjadikan dalaman masjid sangat cerah, nyaman dan selesa. Setiap sendi kayu dinding tepas dihiasi dengan ukiran sekuntum bunga tikam seladang bagi menambah lagi seri hiasan dindng. Corak kelarai kemudiannya dicat dengan warna bendera negeri Perak Darul Ridzuan sama seperti warna bagi Istana Kenangan. Seni ukiran paling menarik adalah pada papan perasmian masjid yang mempunyai Cop Mohor masjid yang dahulunya terletak pada hadapan mimbar tetapi kini telah musnah.

Masjid ini tidak digunakan lagi semenjak tahun 1976 dan menjadi semakin uzur dan usang sehinggalah ia diselamatkan dan dipulihara oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2008.


Untuk maklumat lanjut boleh ke laman Jabatan Warisan Negara dan rencana Kosmo!. Thank you.


Yong Tau Foo, Pusat Penjaja Taiping (Belakang Bomba)

| 0 comments so far
Petang tu dah makan Mee Udang Mak Jah, malam kita orang pi makan Yong Tau Foo pulak... Di Pusat Penjaja Taiping... Belakang bomba tu bukan lah sebahagian dari nama kedai tu... tapi orang dah biasa sebut belakang bomba, sebab memang kedudukan gerai2 ni pun belakang Balai Bomba dan Penyelamat Taiping....

Banyak kedai dalam pusat penjaja ni... macam2 menu ada... tapi depan setiap kedai ada deretan gerai jual yong tau foo... pilih la mana nak... (ni gambo gua amik esok pagi nye... sbb mlm tu lupa nak amik, dah kenyang, ngantuk, balik tido je)

so gua ikut member wife gua makan kat satu gerai ni... dia orang taiping, biasa makan kedai ni la kut... gua follow je...





Ni lah yong tau foo yang gua makan....harganye mengikut apa yang gua amik la kan... tapi yg ni harganya RM12.


Ni ABC... menarik nampak ABC ni.... harga gua tak tau... sebab gua x order, ni org lain punya, nmpk cantik, sebelum dia mkn gua amik gambo dulu...

Location : 4.850635,100.743221

Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang

| 4 comments so far
Ni antara yang famous jugak kalau sebut mee udang kuala sepetang.... boleh cari dalam gua punya papago... sampai2, memang ramai giler....




 Kiri kanan tempat makan penuh... gua sampai dalam pukul 6.00pm....

Dibuka setiap hari dari 11 pagi hingga 10 malam, kecuali hari Rabu 

Ni Menunya... boleh baca sendiri...

Ni gua punya Mee Goreng Udang Special, RM11... Apa beza special ngan biasa?? Yang special pakai udang besar.... yang biasa pakai udang kecik... 

Mee Goreng Udang memang sedap... dalam sampan lagi...

gua rekemen order la yang special... puas hati....

Udang Goreng Tepung Special, RM12...


Mee Udang Special, RM11...


Nasi Goreng Udang Biasa, RM7... nampakkan udang dia kecik... tak macam yang special...

Overall OK Sedap... Mee goreng mmg sedap... mee udang n nasi goreng udang, sedap jugak, tp gua rasa kat Ayu Mee Udang sedap sikit lagi kut...

Tapi udang yg Special mmg besar... puas hati makan... jangan kene gout, udah...

Location : 4.838753,100.633596

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...