Welcome Message

.

Apam Jepun, Muar

| 5 comments so far
Dulu masa kecik kalau pegi bando Muo, mesti singgah beli apam balik dan apam bulat (apam jepun la tu)... Masa tu apam jepun ni baru satu 5 sen....

Makanan ini antara makanan trademark di Muo. Boleh rujuk di Kosmo.

Masih menggunakan kereta tolak, tapi versi baru... aluminium, dulu kayu je... lokasi masih di lorong kecil antara 2 bangunan kedai, Kedai disebelah kereta tolak ini juga menjual apam balik dan apam jepun.

Brader senang membalikkan apam jepun.

Apam jepun ini masih lagi dibungkus dengan plastik dan kertas suratkhabar.

Harga kini sebiji 25sen.

Berintikan kacang... memang sedap dimakan terutamanya ketika masih panas... Terbaik

Location : 2.046149,102.564591


BreadTime Bakery, Bandar Baru Bangi

| 6 comments so far
Last month pergi makan di Anje... Lepas tu member rekemen pergi satu kedai roti di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Kedai Bakeri dan Kafe, milik bumiputera.


 Banyak juga pilihan kek yang ditawarkan.



 Suasana dalam kedai yang tersusun kemas.


 Juga pelbagai jenis roti. Saya beli roti kacang. sedap juga rasanya.


Location : 2.961794,101.752418


Aiskrim Soda

| 2 comments so far
Balik Muo ari tu, terlihat satu produk yang sudah lama saya tak jumpa...

Aiskrim soda botol coklat ini selalu digunakan sebagai bahan utama membuat Sirap Bandung di sekitar Johor. Rasanya berlainan sedikit dengan aiskrim soda berjenama sekarang serta kurang sedikit gas nya. Dulu  majlis perkahwinan di johor mesti ada air popular ni... teringat dulu ketika membantu menggodak air sirap bandung sampai berbuih...

Boleh didapati di kedai Hj Senan yang terletak di depan Stadium Muar.

Harga sebotol, 95sen...

Location : 2.0342,102.569754


Restoran Afezzar & Zaina Ayam Kampung, Seksyen 7 Shah Alam

| 0 comments so far
Nak post entri ini, baru saya perasan nama sebenar restoran ini adalah Restoran Afezzar & Zaina. Selama ini, selalu sebut Restoran Ayam Kampung aje... sebab tulisan 'AYAM KAMPUNG' lebih besar kat signboard kedai dan memang specialties dia pun ayam kampung...


Dibuka pagi hingga malam... Pagi, menyediakan sarapan ala kelantan... Tghari, nasi campur ayam kampung, ptg hingga malam, ada roti canai dan masakan alacarte...

Banyak tempat duduk disediakan untuk menampung pelanggan yang ramai menjelang waktu makan tghari..

Lepas tu perasan lak ada logo 'Nasi Ayam Kampung' di kaunter yang sama dengan logo Nasi Ayam Kampung, Restoran A Hassan, RnR Awan Besar... mmmm satu company mungkin...

Lauk-pauk nasi campur


Senarai harga... boleh la tenung harganya ye....

Ayam kampung... seketul RM4.30

 bersama bermacam pilihan sos...


roti canai ini disediakan bermula petang.... garing, lembut dan sedap serta kurang berminyak....

Location : 3.075078,101.485951


Polperro Steak House, Seksyen 7 Shah Alam

| 0 comments so far
Restoren western Polperro Steak House ini sudah agak lama juga beroperasi. Pada awalnya sambutan terhadap restoren ini agak kurang... sering dilihat tiada pelanggan yang makan di sini... Pun begitu ianya masih bertahan... Satu salute kepada pengusahanya yang tidak mudah putus asa...


Dan berkat kesabarannya, sejak akhir-akhir ini saya melihat pelanggannya kian bertambah... Jika kebetulan lalu di sini, ada sahaja pelanggan yang makan... jika dulu, pelayan yang duduk di kerusi, tapi kini, kalau tak ramai pun masih ada pelanggan yang duduk menikmati makanannya.

Mari kita lihat menunya... menyediakan hidangan western...



"Inspired by Polperro, a scenic Cornish Fishing Village in Cornwall, England"

Ini lah gambar Polperro... sebagai hiasan dinding dibelakang kaunter restoren...


Susunan kemas dan bersih... penuh dengan hiasan dinding...

This is Sizzling Steak Combo... kepingan daging, 2 ekor udang besar, coleslaw. whip potato, baked bean and garlic bread, with black pepper sauce... RM18.90


 This is, Mushroom Soup and Garlic Bread, RM5.90

 And this is Fish and Chip, kepingan ikan digoreng garing, fries, coleslaw, garlic bread with mayonnaise, RM8.90


Semua hidangan agak banyak juga... nasib baik order 2 je... boleh makan with my 2 daughter...

 Fresh orange, RM3.50

 Apple juice, jumbo glass, RM5


Overall, IMO makanan ok... portion pun agak besar... service pun cepat...

Location : 3.076712,101.489025


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...