Welcome Message

.

Mee Rebus Tulang : Homemade

Pertamanya, Selamat Hari Raya.... Raya sampai tak sempat nak update blog... dan tak pergi kedai makan pun... asyik pegi open house je....


So untuk entri kali ini gua post kan Mee Rebus Tulang yang gua buat sendiri sebab nak menjamu orang datang beraya... Mee Rebus ni memang popular di Muar... Mee Rebus Tulang ni pulak popular di Johor Bahru. google je, mesti keluar punya... antaranya blogger zarinasrk dan fauziibrahim. Thank you guys...

Tapi gua pakai Perencah Mee Rebus Adami... cuma gua adjust sikit bagi lagi sedap....

Ini lah Perencah Mee Rebus Muar keluaran ADAMI yang gua gunakan.... boleh didapati di kedai-kedai Agrobazar... ala kedai fama tu... atau boleh rujuk di sini untuk senarai kedai2 yang menjual produk Adami ni...

1. Rebus dulu tulang beberapa jam sehingga empuk... gua guna tulang rusuk dan sedikit tulang tengkuk... banyak giler isi... masukkan sekali beberapa biji kentang yang mana akan dilecek untuk memekatkan kuah mee rebus tu nanti...


2. Tumis bawang putih, bawang merah dan udang kering yang telah di blend sehingga garing.


3. Kemudian masukkan je perencah me rebus tu.. tumis sekali...


4. Selepas beberapa minit, masukkan air rebusan tulang dan tulang sekali la... kacau, biar api kecik, bagi dia sebati...


5. Lepas tu masukkan kentang yang telah dilecek untuk memekatkan sedikit kuah mee rebus ni... pekat baru sedap...


6. Sementara tu gua goreng kacang tanah, dan blend... untuk ditaburkan ke dalam kuah mee rebus tu, bagi dia lemak....



7. Dah siap kuah mee rebus... then prepare la mee dan bahan2 rencah lain...

  • Mee dah tentu la.....

  • Tauge
  • Tauhu
  • Lada hijau/merah
  • Telur rebus
  • Asam limau
  • Bawang goreng
Pastu jadi la mee rebus tulang...



1 comments:

kuntum said...

Terus ada idea nak masak sup tulang utk berbuka posa nanti.
Boleh try produk adami pula nanti. mesti best !

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...