Welcome Message

.

Beras Terbakar, Langkawi

| 0 comments so far

Padang Beras terbakar ini terletak di halaman rumah Ku Halim bin Ku Hassan, Kampung Raja, Mukim Padang Mat Sirat, 17 km dari Pekan Kuah
Semasa berlakunya peperangan antara Siam dengan Langkawi di Selat Pancur, Dato Kemboja selaku ketua perang angkatan Langkawi terasa akan kalah di tangan Siam. Beliau dengan segera menghantar utusan ke Padang Mat Sirat mengarah semua penduduk kampung mengumpul padi hasil menuai mereka di suatu tempat untuk dimusnahkan atau di bakar.
Penduduk kampung telah mengorek sebuah lubang besar dan padi yang dikumpulkan dimasukkan ke dalam lubang ini lalu di bakar. Perkara ini terpaksa dilakukan bagi mengelakkan padi itu dirampas oleh pihak Siam yang mana akan menjadi bekalan utama mereka apabila bertapak di Pulau Langkawi.
Dari peristiwa inilah hingga sekarang masih terdapat kesan beras terbakar yang dapat dilihat dengan jelas di hadapan rumah Ku Halim Ku Hassan.

Pusing-Pusing Pulau Langkawi

| 0 comments so far










Pusat Sains Negara, Cawangan Wilayah Utara, Gunung Kriang

| 0 comments so far
Sambung sat citer lepas makan nasi royale... esok pagi nye kami pi Pusat Sains Negara, Cawangan Wilayah Utara, Gunung Kriang, masa tu baru launch...


Baru rasmi 1 Mac 2010... masa aku pi ari tu bulan 5, masuk free lagi... kaunter tiket ada, tapi tanya, dia kata buat masa ni masuk free lagi, tak tau bile start kene bayaq...


OK gak tempat dia, macam pi KLCC tu, apa nama petrosains tu la...




puting beliung buatan...


haaaa ni simulasi gempa bumi... dok dalam tu, pastu tekan switch... nanti rumah tu bergegar la, kira macam rasa gempa bumi... ada 3 stage gegaran dia... tak penah aku rasa gempa bumi.... uuuu mintak jauh la.... amin...

actually banyak lagi permainan ada... bagus la... kira educational punya tempat... good for kids and also dewasa jugak....


sebelah pusat sains ni, ada muzium padi.... tapi tak sempat nak pi, pasai nak pi padang besaq... shopping...

Anyway, thank you veru much to sis... bawak aku merata jalan... nanti hang mai tempat aku, aku lak bawak hang jalan....

Soto, Satay Muar

| 0 comments so far
Haaa ini antara kedai biasa aku pegi stiap kali balik muo. Kat Parit Sakai, aku pun tak tau nama kedai ni apa... Tapi dia ada jual goreng2 punya makanan, soto, satay dan macam2 lagi... bukan style siam punya macam kat kl... ni melayu punyer taste...


Ni brader otai tengah kipas satay


ni satay ayam dan daging, for me, lagi sedap dari satay kajang... order je, baru dia bakar, fresh dan bersari... harga 50sen 1 cucuk...


Soto ayam, RM3.50 kut... ni menu pasti aku bila makan kat kedai ni...

Location : Parit Sakai, kalau dari arah muar ke selatan, kedai sebelah kiri, tepi jalan betul. sebelah kedai ni ada kedai jual kereta....

Nasi Royale, Pantai Johor

| 0 comments so far
Malam tu pulak, kita pi makan Nasi Royale kat Pantai Johor. Mengikut member aku, ni special kat kedah la... pasai tak jumpak lak kat kl...


Nasi dia kaler macam nasi minyak, tapi dia dok tulis nasi lemak....




Lauk pulak macam lauk nasi kandar... memang sedap... makan nasi saja pun sedap... harga aku tak tau, pasai member aku yang belanja ni... Thank you sis...

Kedai : Restoren Nasi Lemak Royale
Location : Pantai Johor, dekat aje dengan Istana Anak Bukit... macam sebelah aje...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...