Welcome Message

.

Restoran Mohd Chan, Makanan Cina Muslim, Seksyen 15 Shah Alam

| 0 comments so far
Nak makan makanan ala chinese pun dah banyak sekarang. boleh cuba kat Mohd Chan ni.... ada banyak cawangan. Untuk entri ini adalah di cawangan Seksyen 15 Shah Alam.

Ini lah restorannya yang terletak di Seksyen 15 Shah Alam.... 

Macam biasa kita tengok menunya..






Kedai 2 pintu dan mempunyai tempat duduk yang agak banyak.... kalau pegi tengahari mmg penuh.... 

That's why pergi awal... takde orang lagi.... 

 Dari kiri, Jus Epal - RM3.50, Sirap Bandung - RM2, Kedondong Asam Boi - RM3.50, Ribena Laici - RM4.50.

Taugeh Ikan Masin, RM10

Daging Masak Halia, RM20


Butter Prawn, RM25

Nasi Ayam BBQ, RM5.50

Spicy Kacang Bendi Udang Kering, RM13

Nasi Masak 'Kong Boh' Ayam, RM6.50

Lokasi : 3.064474,101.538996


Restoran Sani Char Koay Teow Penang, Seksyen 7 Shah Alam

| 0 comments so far
Selain dari Saad Char Kuey Teow, boleh juga pergi ke Restoran Sani Char Koay Teow Penang ni yang terletak depan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Midland, Seksyen 7 Shah Alam.

Hidangan utama Char Koay Teow Penang dan Nasi Lemak Panas, serta lain-lain lagi lah

Harganya... dah ditutup pulak dengan sticker oren tu. Tapi setelah diselidik, harga yang biasa RM4, yang besar RM5 dan yang special RM6...

Juga ada western food promotion masa sy pergi, tapi tak perasan pulak sekrg masih ada lagi atau tidak.


ini dia nasi lemak ayam goreng

ni dahtentu yangt special lah lan...sebab ada telur. RM6



Ni chicken chop yang promotion tu, RM8.90 sekali dengan segelas air teh o ais limau


Juga ada mee goreng..



Cassia Cafe & Bistro, Seksyen 7, Shah Alam

| 0 comments so far
BBQ * STEAK * LOCAL

Lepas raya ari tu mendapat jemputan dari En Shah dari Cassia Cafe & Bistro untuk berkunjung ke cafe nya yang baru dibuka kira-kira 4 bulan yang lalu.

Tapi tertangguh juga sedikit... last 2 week baru dapat memenuhi jemputan. Terletak di No. 46, Jalan Keluli AN7/AN, Seksyen 7. Kawasan berhampiran dengan pharmaniaga. Kawasan agak lengang kerana kawasan baru. Sekali sekala dengar deruman enjin sebab kawasan rumah kedai ini ada banyak workshop kereta.

Sampai awal, ada seorang pelanggan sedang menunggu order take away. Open daily dari jam 11 pagi hingga 11 malam.

Di pintu masuk tadi ada promotion. Beef ribs + Lime Mojito + Dessert. mengikut kata En Shah, ini adalah promosi bulan September. Bulan Oktober ni kata nya seafood....

Antara menu yang disediakan...




Ini lah dia En Shah... sedang menyediakan minuman.

Boleh contact En Shah di vat_chefcatering@yahoo.com. Respon email ini agak cepat. Sebab bila saya email je, pantas dia membalas.

So i order promotion set. Lemon Mojito...

+ Beef Ribs

Ada beef rib, mashed potato and salad with smoked BBQ sauce.

 

And dessert...

Ice cream with brownies

Ini Apple juice RM7.90. disediakan dalam botol kaca... nice...

Salmon Steak, RM20

Salmon Grill served with 2 choice of side (corn and mashed potato)

Cassia chicken chop, RM12

Deep fried chicken thigh with 7 herbs & spices served with ranch sauce



Terima kasih En Shah atas jemputan dan discount yang diberi. Semoga terus berjaya.

Location : 3.065755,101.472993



Kota Belanda Pulau Pangkor

| 0 comments so far
Kota ini telah dibina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Rakyat tempatan yang tidak setuju dengan cara Balanda memperolehi bijih timah tersebut telah membinasakan kota in pada tahun 1690. Belanda telah membinanya semula pada tahun 1743 dan menempatkan seramai 60 orang pengawalnya disini hingga tahun 1748. Selepas dari tarikh tersebut, ia tidak digunakan lagi.


Kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah akta bendapurba 1976 dlaam seksyen No. 242, warta kerajaan Negeri Perak bertarikh 21 Mac 1978. Menurut akta ini, sesiapa yang didapati bersalah melakukan pencerobohan dan kerosakan keatas monumen lama dan tapak tanah bersejarah boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau kedua-duanya. 

Belanda Di Perak
Sejarah awal kedatangan orang Belanda di negeri Perak bermula pada tahun 1641 setelah Belanda berjaya menawan perairan Melaka dengan menguasai perniagaan bijih timah dan rempah ratus.
Belanda cuba memonopoli perdagangan membeli dan menjual bijih timah di Perak dengan mempengaruhi Sultan Perak iaitu Sultan Muzaffar Syah tetapi hasrat tersebut ditolak.
Belanda mengambil langkah dengan menemui Sultan Acheh iaitu Sultanah Tajul alam Safiatuddin yang menyebabkan Sultan terpaksa menandatangani perjanjian dengan membenarkan Belanda membina lojinya di Kuala Perak pada 15 Ogos 1650. Ini menimbulkna rasa tidak puas hati gulongan bangsawan Perak.

Penentangan
Pada tahun 1651, penentangan timbul apabila Temenggong dan orang PERAK menyerang dan memusnahkan loji Belanda dan ini menyebabkan Belanda terpaksa meninggalkan Perak.
Pada tahun 1655, Belanda menghantar wakil untuk memperbahurui perjanjian bagi menuntut gantirugi tetapi Perak tidak mematuhi perjanjian tersebut dan menyebabkan Perak dikepong oleh Belanda.
Akhirnya orang Perak, bersama Acheh, Ujung Salang melancarkan serangan mengejut ke atas Belanda.

Kesan Penentangan
Pada tahun 1670, Belanda datang ke Perak semula dan membina Kota Kayu yang kini di kenali sebagai Kota Belanda
Pembinaan Kota Kayu tersebut telah dipersetujui oleh Perak kerana pada masa yang sama terdapat khabar angin yang menyatakan Kerajaan Siam akan melancarkan serangan ke atas Perak. Dengan terbinanya kubu tersebut maka ia merupakan satu kelebihan pada Perak bagi menghadapi serangan Siam.

Namun pada tahun 1685, Perak kembali menyerang Belanda di Pulau Pangkor dan menyebabkan Belanda berundur dari Perak dan maskasnya terpaksa ditutup. Akhirnya kubu peninggalan Belanda itu dikekalkan dan menjadi bahan tinggalan sejarah hingga ke hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...