Welcome Message

.

Selamat Berpuasa

| 0 comments so far

dan selamat berbuka....

credit to http://www.flickr.com/photos/amkacak/ cantik gambar2 nye....


Yazid Burger, Seksyen 7, Shah Alam

| 4 comments so far
At last, sampai jugak hajat gua nk rasa Yazid Burger... dah lama kawan2 citer pasal burger ni.... tapi selalu tak berkesempatan untuk pergi... last week, lepas balik kerja torus ke kedainya yang terletak di belakang UNISEL.

Supersized burger adalah konsep yang dibawa oleh Yazid Burger (YB) ini..... Juga roti dan patty nya dibuat sendiri, homemade... Boleh ke resepiyazidburger untuk melihat promo/clip YB atau ke blog yazidburger...

Buat masa ini, hanya menu yang tengah sahaja yang ada... menu lain dan menu set akan beroperasi selepas raya, mengikut kata pekerja YB. 

Sampai2, gua tengok pekerjanya (kiri) sedang amik order pelanggan...

Step 1 - pilih saiz... Ada 3 saiz, 250g (RM10, 1-2 org mkn), 500g (RM20, 3-4 org mkn) dan 1kg (RM40, 6-8 orang mkn)... gua pilih yg kecik je laa...
Step 2 - pilih roti... gua pilih garlic
Step 3 - pilih patty... ari tu ada 3 pilihan je... blackpepper, mushroom, satay.. gua pilih blackpepper
Pastu gua tny, tak pilih sos ke... dia cakap biasa dia letak semua sos dan sayur... klu tak nak sos mana cakap ngan dia... pastu gua tambah cheese, RM1, setiap 1..

So gua punya RM11, pasal tambah cheese 1...

Dapat no. 15... bukan yang ke 15 pun... dia bagi je nombor ni... tapi gua kira2... ada 6-7 org lg sedang menunggu sebelum gua

Tengah gua tunggu, ada satu brader mintak bungkus leftover yang dia mkn td... dia kata x abis bang... yg 250g punya ni... sorang makan x abis...

Kalau perasan, brader belakang tiang tu order yg 1kg punya... amik ko... macam kek besornyer...



Yang ni, 1kg punya patty, waiting to be grilled... betul la pekerja dia cakap besor kek, kalau bungkus pun dalam kotak kek...

haaa lebih jelas lagi... the first four dari kanan atas tu, yg 250g... penjuru kiri atas tu, yg 500g... yg paling besar tu lah 1kg....

Dalam 20-25 min tunggu, dapat lah gua punya....

heheh sos dah tonggang terbalik.... tapau macam ni la... kalau makan situ cantik...

Tu dia.... patty besar...

Nak compare saiz...

tebal jugak...

Rasa... ok... gua amik blackpepper, mmg terasa kepedasan blackpepper nye... Lepas ni gua nak try yg besar lak... kene ajak member ni...

Location : 3.076289,101.495784

Gerai Yeop Helmi, Kuala Kangsar

| 0 comments so far
Tanya brader kat kedai labu sayong tadi, kat mana makan sedap kat kuale.... dia rekemen Gerai Yeop Helmi ni...

Gerai Yeop Helmi, menghadap Sungai Perak. Menyediakan masakan tradisional, gulai tempoyak special, ikan bakar, rendang daging, rendang limpa, dll

Ni kepala patin... ni member sudah cekau... 

ni isi la.... gua amik yang ni... pasal sampai pun dekat pukul 3, nasib baik ada lauk lagi... ni pun last...


Yang ni ikan kelabo... kata akak yang jual tu... orang kl kata kelabau la... blogger renjersungai selalu mendaratkan ikan kelabau ni.... gua 1st time makan ikan ni... sedap... tp banyak tulang...



Harga semua termasuk 3 pinggan nasi, 3 air dan 1 mangkuk rendang limpa (x sempat nk amik gambo), RM34... boleh la....

Location : 4.773393,100.943692

Labu Sayong

| 0 comments so far
Lepas Solat... nak makan.... nampak pulak tempat buat labu, tak jauh dari Masjid Ihsaniah tu....singgah la pulak....

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia ada maklumat lanjut mengenai labu sayong...


 Deretan labu yang belum melalui proses pembakaran

 Antara mould yang digunakan




Produk siap


Location : 4.773109,100.895246

Masjid Ihsaniah Iskandariah, Padang Rengas

| 0 comments so far
On the way balik ke Shah Alam dari Taiping singgah la pulak Kuale Kangsor... exit plus kuale tu pergi ke kiri dulu, singgah solat zohor.... lupa la pulak nama masjid tu... tapi dalam kawasan masjid tu tersergam satu bangunan dinamakan Masjid Ihsaniah Iskandariah, yang diiktiraf sebagai warisan negara...

Masjid Ihsaniah Iskandariah.

Masjid Insaniah Iskandariah dibina pada tahun 1936 dengan ihsan Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-30. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh baginda pada hari Jumaat 10 Zulhijjah 1356 Hijrah bersamaan 11 Februari 1938. Reka bentuk dan hiasan masjid ini diilhamkan oleh baginda berdasarkan seni bina Istana Kenangan di Bukit Chandan. Keseluruhan dinding kelarai (tepas) yang bermotifkan berlian merupakan anyaman buluh minyak yang telah disiapkan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung.

Masjid ini mempunyai 20 buah tingkap dan tingkap di tingkat bawah dibina tinggi bagi memelihara pandangan. Setiap tingkap dihiasi dengan ukiran motif insang ikan Yu dan pucuk kacang pada kepala tingkap dan diserikan dengan ukiran bulan sabit serta bintang pecah lima. Jumlah tingkap yang banyak menjadikan dalaman masjid sangat cerah, nyaman dan selesa. Setiap sendi kayu dinding tepas dihiasi dengan ukiran sekuntum bunga tikam seladang bagi menambah lagi seri hiasan dindng. Corak kelarai kemudiannya dicat dengan warna bendera negeri Perak Darul Ridzuan sama seperti warna bagi Istana Kenangan. Seni ukiran paling menarik adalah pada papan perasmian masjid yang mempunyai Cop Mohor masjid yang dahulunya terletak pada hadapan mimbar tetapi kini telah musnah.

Masjid ini tidak digunakan lagi semenjak tahun 1976 dan menjadi semakin uzur dan usang sehinggalah ia diselamatkan dan dipulihara oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2008.


Untuk maklumat lanjut boleh ke laman Jabatan Warisan Negara dan rencana Kosmo!. Thank you.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...