Welcome Message

.

Mee Siput : Homemade

Ini adalah satu makanan yg ramai jugak tak tau... yang tau ok la.... satu makanan ala keropok yang popular pada zaman sekolah gua, terutamanya di Johor...

Mee siput mentah ni boleh ditemui dengan mudah di Johor... kat pasar tani Muar dijual dengan harga RM5 sebungkus (ada 20 keping)... tapi kat area lembah klang ni, gua belum penuh jumpa lagi.... kalau tau sila maklumkan kepada gua....

Mee siput mentah... gua penah bagi wife gua, masa lom kawin... gua tanya tau masak tak? dengan konfident jawab TAUUUU... sekali dah siap dia antar kat gua, jadi mee goreng, tapi keras skit???? terkejut gua dan terus ketawa muahahahhaha.... Mungkin juga ada orang beranggapan mee siput ini seperti mee sanggul... yang perlu di rebus dahulu.... sebenarnya mee siput ini, di goreng dalam minyak yang sangat panas...

Minyak perlu di panaskan dengan suhu yang agak tinggi, sebab kalau minyak x betul2 panas, dia jadi keras... kalau boleh deep fry la kan... ni pasal nak jimat minyak... lepas minyak betul2 panas, sampai berasap2... baru masukkan mee siput ini... dan dia akan meletup2.... goreng sampai keemasan, baru jadi...

Meletup, jadi gelombong2 kecil macam ni... 


Boleh dimakan bersama sambal tumis, sos cili atau sos yang khas untuk mee siput... gua pun tak tau nak buat camana... nanti kalau jumpa, gua update...

3 comments:

Juadah said...

Sya pun beli online je. tak tau nak beli kat mana kalu kat kl nih

kucingtanah said...

Kalau dah jumpa nanti, boleh maklumkan kepada saya, yek...

diary miss clum said...

Hi, Saya ade jual mee siput. berminat boleh wassap 0173600360 atau call 0122098780

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...