Welcome Message

.
Showing posts with label Mee Udang. Show all posts
Showing posts with label Mee Udang. Show all posts

Restoran Mee Ketam Kuala Lumpur, Seksyen 7 Shah Alam

| 0 comments so far
Nak makan mee ketam, boleh la cuba di Restoran Mee Ketam Kuala Lumpur, Seksyen 7 Shah Alam... yang terletak di Kompleks Perniagaan Anjung 7, Seksyen 7 (belakang Unisel), Shah Alam.... tapi restoran ini yang menghadap ke blok kedai...


Menunya... 



Dinding restoran dipenuhi dengan frame keratan akhbar dan gambar2 mengenai restoran.

Ini Mee Kari Ketam, RM8

Ketam Cili + Nasi Putih, RM6

 Bihun Sup Ketam, RM8

Mee Kari Udang Galah, harga tak ingat pasal ikut saiz udang

Nasi Putih + Udang Galah masak cili


Location : 3.076281,101.496044



Kafe Ahlaa, Seksyen 7, Shah Alam

| 0 comments so far
Entri kali ini kita pergi makan western pula di Kafe Ahlaa yang terletak di belakang Pasaraya Giant Seksyen 7 Shah Alam.

Apa maksud Ahlaa?

Ruang kedai yang tersusun kemas


Juga ada reading corner.

Mari kita lihat menu nya.






Ini Fish & Chips, RM11.90.

 Semua makanan disediakan dalam portion yang agak besar. memang mengenyangkan.

Mee udang, RM7.90.


Ummi's Gibna Chicken, RM13.90

Filet ayam rangup dengan sos tomato segar dilapisi keju mozarella dan cheddar.

Juga terdapat pelbagai jenis desert. ingat nak makan pavlova ni... tapi dah kenyang.

Business hours
Monday - Friday, 11.00am - 10.00pm
Saturday, 11.00am - 6.00pm
Sunday, Closed.




Kedai Makan Upin & Ipin, Seksyen 7 Shah Alam

| 1 comments so far
Dah lama sebenarnya anak2 ajak makan kat upin dan ipin ni... so satu malam tu pergi lah melayan diaorang.

Gambar malam tak baper jelas la pulak.Kedai terletak sebaris dengan Wong Solo Seksyen 7 Shah Alam kedai end lot..

Lepas maghrib terus pergi... klu lewat sure penuh je kedai ni. rata-rata bawak anak pegi la kan...

As expected, masuk kedai penuh barangan upin dan ipin... dari hiasan dinding hingga lah ke cenderahati

TV jangan citer la.... konfirm siri upin dan ipin.... khusyuk anak2 mata tak berkelip tertumpu kat TV. Saya lihat yang lain pun lebih kurang sama.... ok la jugak... takde lah anak2 mengamuk... senang sikit mak ayah nak menikmati makan... hehehheh

Ini antara menu yang disediakan... 

Nama menu semuanya menyelitkan nama watak-watak dalam siri Upin & Ipin.



Actually banyak lagi.... ada satu menu ayam goreng upin rasanya... saya lihat hampir semua meja order menu ini, sebab anak2 nak.... tapi last2 mak ayah jua yang mengabiskan... hehehhehe....


Ini mee goreng mamak...

 sedap jugak...

 Ini set nasi ayam Upin dan Ipin, RM8.90, free air (amik ice lemon tea)


Ini Mee Udang, RM8.90



Mee Udang, Medan Selera Sri Tambang, Sungai Dua

| 3 comments so far
Last week kene pergi Permatang Pauh atas urusan kerja... Setelah selesai urusan, dah pukul 2, jom makan mee udang lah...

Maka kami pun pergilah ke Medan Selera Sri Tambang... Antara kedai yang popular jugak lah kalau sebut mee udang sungai dua ni...

 Kedai yang agak besar... tapi masa sampai tu dalam pukul 3, takde orang sangat...

 duduk lah order air... pastu kene pi pilih udang nak baper banyak...

 Tu dia senarai harga...

 Maka kami pun pilihlah udang ni... 16 ekor kesemuanya, berat tak tau lak baper... buat mee kuah makan 4 orang....


 selain udang, ada juga ketam dan ikan siakap...


Air kelapa...

 Tunggu dalam 10 min... sampai lah semangkok besar mee kuah yang dipenuhi dengan 16 ekor udang...

Besaq tu udang...


 Udang fresh...

Makan 4 orang, harga semuanya termasuk air, RM80...

Location : 5.43031, 100.43150


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...