Welcome Message

.

Menara Kuala Lumpur dan Pokok Jelutong

Tersergam indah di ketinggian 421 meter, menara Kuala Lumpur menjadi ikon terkenal Bandaraya Kuala Lumpur. Tinggi menjulang di Hutan Simpan Bukit Nanas, menara ini adalah menara telekomunikasi ketujuh tertinggi di dunia. Dibina bertujuan untuk menambah baik kualiti pancaran telekomunikasi dan penyiaran, Menara Kuala Lumpur tersergam megah sebagai simbol Kota Raya Kuala Lumpur, yang terkenal dengan nama 'Kuala Lumpur Bandaraya Bercahaya'.
(Source : Risalah/Brocure Menara Kuala Lumpur)

Source: http://www.menarakl.com.my/_repository/_kltower/IMG_8869.jpg

Menara ini dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Nanas seluas 9.37 hektar yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Kuala Lumpur, Hutan Simpan Bukit Nanas ialah hutan simpan tertua yang diwartakan di negara ini.
(Source : Risalah/Brocure Menara Kuala Lumpur)

Pandangan dari Pelantar Pemandangan


Sejarah Pokok Jelutong
Pokok Jelutong (Dyera Costulata) ini berusia lebih 100 tahun. Untuk memeliharanya, kedudukan Menara telah dialih untuk mengelak pokok tersebut dan satu siri 'soldier piles' telah dipasang sebagai dinding penahan pada masa pembinaan asas menara bagi memastikan pokok ini tidak tumbang. Pemeliharaan pokok ini dengan perancangan dan cara pembinaan yang tepat telah menelan kos sebanyak RM430,000, agar fenomena semulajadi ini dpaat dinikmati oleh generasi yang akan datang.

Jelutong adalah spesies yang terancam dalam banyak bidang. Walau bagaimanapun, disebabkan pertumbuhannya yang cepat, kebolehannya menahan lasak dan penanaman semula yang banyak, kepupusan spesies ini dapat dielakkan. Ia adalah spesies yang dilindungi di Malaysia. Pokok ini biasanya ditanam secara komersial untuk kayunya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...