Welcome Message

.

Muzium Samudera, Melaka


Sejarah Binaan Muzium Samudera
Muzium ini merupakan model kalap nau Portugis. Semasa zamannya kapal ini berfungsi sebagai kapal dagang dan kapal perang. saiz dan kemampuan muatannya berbeza mengikut keperluan semasa pada abad ke 16 dan 17 M. Kapal jenis ini menggunakan layar berbentuk segitiga atau layar segi empat. Struktur binaan kapal ini diperbuat daripada konkrit yang disalut dengan dinding kayu jenis cengal dan resak. Kapal ini berukuran 110 kaki panjang 22 kaki lebar. Bahagian dalaman kapal ini telah diubahsuai untuk dijadikan muzium.

Kerja-kerja membina muzium ini mula dilaksanakan pada bulan Februari 1992 dan siap sepenuhnya pada bulan Oktober 1993. Muzium Samudera telah dirasmikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994. Muzium ini mempamerkan Sejarah Kesamuderaan Melaka dalam empat era, iaitu Era Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511), Era Portugis (1511-1641), Era Belanda (1641-1795) dan Era British (1824-1957) sehinggalah kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.







Loaksi : 2.191935,102.246514


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...