Welcome Message

.

Rawang Burger Bakar @ Shah Alam

| 0 comments so far
Burger bakar, satu produk yang kian mendapat tempat dan mencetuskan satu fenomena di kalangan peminat burger. Rawang Burger Bakar atau RBB antara yang popular terutamanya selepas mula diperkenalkan di Wangsa Maju.

Source: http://www.facebook.com/RawangBurgerBakar

Kini boleh ditemui di beberapa tempat sekitar Shah Alam, antaranya yang terletak di premis Tat Nasi Ayam Shah Alam

Patty yang dibakar di atas arang...

5 patty yang atas adalah patty ayam dan yang 1 agak gelap sedikit adalah lembu.

Beginilah rupa bebola daging yang belum di bentuk menjadi bentuk patty.

Proses membentuk patty

Antara menu yang ditawarkan... dengan nama burger yang menarik perhatian pelanggan untuk mencubanya.

Madu Tiga, menu terbaru... ingat nak order, sekali wife jeling semacam.... sensitif betul perempuan ni... ni nama makanan jer.... hehehehhe

Takpe, untuk kali ini, kita mencuba Ombak Rindu.. with cheese.. harga RM9... kalau xde cheese, RM8

Patty daging yang diletakkan di atas salad dan tomato bersama kepingan nenas, disimbahi dengan sos dan mayonis, top with cheese dan juga grilled beef bacon dan di apit oleh roti bun.

Daging yang tebal serta cheese cair... puhhh memang kelas... sos pun banyak.. rasa memang sedap...

masa menunggu sekitar 20 min.... agak ramai juga ketika itu dalam pukul 6.30pm... Katanya buka pun sekitar jam 6 petang to 12 malam

Pelanggan memang ramai. yelah dengan pelanggan tat nasi ayam lagi... dan di restoren ni pun bukan RBB ni saje ada, ada banyak lagi gerai2 kecil yang offer mcm2 makanan... terbaik

Location : 3.044595,101.525891


Al-Ikhsan Jumbo Penghabisan Stok

| 0 comments so far
Pagi tadi terjumpa iklan ni....

  • Al-ikhsan Jumbo Penghabisan Stok
  • 1-4 November 2012
  • Stadium Malawati Shah Alam
  • 70% stok tidak melebihi RM100
  • Ada dalam website http://www.al-ikhsan.com/
Kepada peminat barangan sukan.... boleh la pergi nanti...

Location : 3.079752,101.547057


Nasi Lemak Pak Ayob, Part 2

| 0 comments so far
Sebelum ini ada entri mengenai Nasi Lemak Pak Ayob di Restoren Ali's Corner Seksyen 20, Shah Alam. Entri kali ini pula, kita ke premis Nasi Lemak Pak Ayob sendiri yang juga di Seksyen 20, Shah Alam.

Macam biasa menunya....

Selain dari nasi lemak, ada juga roti canai...

Pertama sekali, macam biasa, kene la beratur dulu....


 Pastu order la nasi lemak. nanti dia akan letak la bahan2 standard nasi lamak... seperti kacang dan telur ni...

Pastu tambah la, kalau nak ayam goreng 

 Atau pun lauk-lauk lain....

Ini nasi lemak rendang daging.... RM3.50

 Ini nasi lemak rendang kerang.... RM3

nasi banyak, sambal dan rendang juga sedap... terbaik...

 Ruang makan

Tu dia... berderet motor...

Location : 3.051765,101.538828


Mahnaz Food, Shah Alam

| 16 comments so far
Jika kita ingin membeli belah makanan dari timur tengah seperti kurma, kismis, minyak zaitun, kekacang dan pelbagai jenis makan timur tengah, boleh kita ke Mahnaz Food ini. Merupakan pengimport dan pembekal makanan yang kebanyakannya diimport dari negara timur tengah dan negara Islam.


Terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Teknik Shah Alam... Ada papan tanda yang besar seperti ini.

Merupakan kawasan perindustrian yang kebanyakkan kedai di sini adalah kedai2 manufacturing dan kilang2 kecil. 

 Ruang masuk

Pelbagai jenis kurma dan buah-buahan kering

Pelbagai jenis minyak zaitun dan ditengah itu adalah spagetti

 Deretan pelbagai produk yang dijual

Minyak zaitun dan pickels

Pelbagai jenis coklat


Pelbagai jenis teh

Kekacang..

Yang ini biji aprikot pahit... yang tak pahit pun ada.... biji nya besar sedikit... harga sama.... 1kg = RM40...

Ni yang gua beli, jus delima, kurma, biji aprikot, chick peas dan macam2 lagi

Manisan kut....

Pelbagai jenis kurma


Dried fruits


Madu

Location : 3.044368,101.552282


Nasi Lemak Daun Pisang

| 2 comments so far
Dulu kat kampung, pagi-pagi gua selalu kene pegi beli nasi lemak... naik basikal pergi gerai jual nasi lemak. Bersusun nasi lemak berbungkus sepenuhnya dengan daun pisang yang hijau segar berbentuk piramid. Ada setengahnya, dibungkus lagi dengan kertas suratkhabar...

 Kalau kat seksyen 7 ni ada beberapa gerai juga yang buat nasi lemak daun pisang ni...

Berbungkus dengan daun pisang dan kertas bungkus makanan yang kaler coklat tu...

Bukan takde nasi lemak bungkus camni sekarang, tapi biasanya dia bungkus dengan kertas coklat tu je... takde daun pisang pun... 

Selain nasi lemak biasa, ada pelbagai jenis lauk jugak seperti kerang, udang, telur goreng... Harga antara RM1 ke RM2...

Kuih muih juga ada dijual

Ni pukul 7.40pagi... dah nak abis kuih...

 

Gua lebih suka nasi lemak daun pisang ni... selain dari originality nyer, biasanya portion dia kecik dan tidak terlalu banyak....

Makan 1 bungkus dah cukup... tapi kalau sedap??? belasah jugak... tapi yang ni agak sedap juga... silap la beli 1 je pulak...

Location : 3.085663,101.495381


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...