Welcome Message

.

Kolam Air Panas Sungai Gersik, Muar

Dari Selatan ke Muar, boleh la singgah sebentar di Kolam Air Panas Sungai Gersik, merendam2 kaki yang penat ni di dalam air nya yang panas...

Location : 1.942363,102.742252


Pintu Gerbang jalan masuk ke Kampung Sungai Gersik. Tepi jalan besar je, dari arah selatan ke bandar muar, sebelah kanan.


Kira-kira 3-4 km ke dalam, jumpalah kawasan ini




Sejarah Kolam Air Panas Sungai Gersik
Menurut Sejarah yang dapat di kesan dari Pejabat Pendaftaran Tanah dan cerita orang-orang tua, pembukaan Kg Sungai Gersik ini bermula pada tahun 1883. Peneroka asal kampung ini ialah Orangkaya Ali dari Muar dan para pengikutnya yang menyusuri pantai Selat Melaka setelah berlaku perselisihan keluarga.
Penemuan kolam air panas Sungai Gersik merupakan satu-satunya kolam yang airnya sentiasa panas secara semula jadi terdapat di Daerah Muar khasnya dari Negeri Johor amnya.
Kolam air panas ini mula ditemui oleh Tuan Haji Abd Rahman bin Haji Irsad atau lebih dikenali dengan nama Haji Abd Rahman Getu pada tahun 1911. Ketika itu, Kampung Sungai Gersik telah diterokai sejauh 2.5 km ke pendalaman dan kawasan sekitar Kolam Air Panas ini masih lagi hutan belantara.
Pada suatu hari, Haji Abdul Rahman telah masuk ke hutan untuk mencari linau dan anak kayu untuk dijadikan bahan membuat pondoknya. Setelah linau dan anak kayu diperolehi menjelang tengahari, beliau ternampak sesuatu yang aneh menyerupai sebuah tasik kecil bergaris pusat kira-kira 3 meter dikelilingi oleh lembah berlumpur serta semak. Airnya menggelegak dan berasap mengalir ke lembah disekitarnya.
Setelah itu, Haji Abdul Rahman berasa seram dan takut lalu terus meninggalkan tempat itu tanpa mengambil kayu yang dikumpulkannya tadi. Malang sungguh nasib Haji Abdul Rahman kerana beliau tidak berjaya mencari jalan pulang, sesat hingga ke senja. Haji Abdul Rahman pun pulang lantas menceritakan kisah penemuannya itu kepada penduduk kampung. Anehnya kolam yang menjadi cerita hangat dikalangan penduduk kampung itu tidak pula ditemui bila dicari.
Kira-kira 3 bulan kemudian, Haji Abdul Rahman bersama rakannya bernama Rajikan pergi ke hutan mencari anak kayu dan rotan menemui semula kolam air panas yang diceritakan itu. Beliau terus merintis jalan serta membuat tanda pada pokok-pokok sapai ke jalan keluar dari tempat yang tidak dapat dilupai hingga sekarang.
Daripada, Pejabat Daerah Muar, JKKK Sg. Gersik


Yang tengah bulat tu lah kolam air panas nye. yang kolam keliling kolam bulat tengah tu, air nya suam2 je... Ada disediakan awning untuk duduk merendamkan kaki


Aku pun rendam lah kaki... perrrgghhhhhhhh!!!! panas giler mula2 letak tu.... pastu ok sikit bila kita buat donno je... lama2 ok laa.... tapi bila dah lama sangat, mau masak kaki aku rasa... paling lama pun 1 minit lebih je aku tahan.... tak biasa beb... tapi lepas tu, rasa ringan je kaki... banyak khasiatnye rendam kaki kat kolam air panas ni... tapi aku tak tau pulak apa khasiatnyer... belasah aje la...


tapi awek 3 orang tu dengan relek nye, dia letak kaki dia... aku kira2 ada dekat 10 minit dia letak.... itu pun aku dah belah dulu masa tu... tak tau laaa berapa lama lagi dia leh tahan... orang dekat2 sikit kut.... biasa dah...


View Larger Map

3 comments:

Unknown said...

dah pergi banyak kali,tapi awal 90an,masa lum membangun,sapa2 nk pergi kita joint ramai k 0176484946-yosdi.

rafidi said...

Terbaik la bro!!!

Unknown said...

Bro email no tel homestay area sana ada tak? rojeq@yahoo.com kalau boleh beri no tel ek, tqvm

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...