Beras Terbakar, Langkawi
Padang Beras terbakar ini terletak di halaman rumah Ku Halim bin Ku Hassan, Kampung Raja, Mukim Padang Mat Sirat, 17 km dari Pekan Kuah
Semasa berlakunya peperangan antara Siam dengan Langkawi di Selat Pancur, Dato Kemboja selaku ketua perang angkatan Langkawi terasa akan kalah di tangan Siam. Beliau dengan segera menghantar utusan ke Padang Mat Sirat mengarah semua penduduk kampung mengumpul padi hasil menuai mereka di suatu tempat untuk dimusnahkan atau di bakar.
Penduduk kampung telah mengorek sebuah lubang besar dan padi yang dikumpulkan dimasukkan ke dalam lubang ini lalu di bakar. Perkara ini terpaksa dilakukan bagi mengelakkan padi itu dirampas oleh pihak Siam yang mana akan menjadi bekalan utama mereka apabila bertapak di Pulau Langkawi.
Dari peristiwa inilah hingga sekarang masih terdapat kesan beras terbakar yang dapat dilihat dengan jelas di hadapan rumah Ku Halim Ku Hassan.
|
Labels:
Jalan,
Kedah,
Pulau Langkawi,
Sejarah
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment