Welcome Message

.

Menara Kuala Lumpur dan Pokok Jelutong

| 0 comments so far
Tersergam indah di ketinggian 421 meter, menara Kuala Lumpur menjadi ikon terkenal Bandaraya Kuala Lumpur. Tinggi menjulang di Hutan Simpan Bukit Nanas, menara ini adalah menara telekomunikasi ketujuh tertinggi di dunia. Dibina bertujuan untuk menambah baik kualiti pancaran telekomunikasi dan penyiaran, Menara Kuala Lumpur tersergam megah sebagai simbol Kota Raya Kuala Lumpur, yang terkenal dengan nama 'Kuala Lumpur Bandaraya Bercahaya'.
(Source : Risalah/Brocure Menara Kuala Lumpur)

Source: http://www.menarakl.com.my/_repository/_kltower/IMG_8869.jpg

Menara ini dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Nanas seluas 9.37 hektar yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Kuala Lumpur, Hutan Simpan Bukit Nanas ialah hutan simpan tertua yang diwartakan di negara ini.
(Source : Risalah/Brocure Menara Kuala Lumpur)

Pandangan dari Pelantar Pemandangan


Sejarah Pokok Jelutong
Pokok Jelutong (Dyera Costulata) ini berusia lebih 100 tahun. Untuk memeliharanya, kedudukan Menara telah dialih untuk mengelak pokok tersebut dan satu siri 'soldier piles' telah dipasang sebagai dinding penahan pada masa pembinaan asas menara bagi memastikan pokok ini tidak tumbang. Pemeliharaan pokok ini dengan perancangan dan cara pembinaan yang tepat telah menelan kos sebanyak RM430,000, agar fenomena semulajadi ini dpaat dinikmati oleh generasi yang akan datang.

Jelutong adalah spesies yang terancam dalam banyak bidang. Walau bagaimanapun, disebabkan pertumbuhannya yang cepat, kebolehannya menahan lasak dan penanaman semula yang banyak, kepupusan spesies ini dapat dielakkan. Ia adalah spesies yang dilindungi di Malaysia. Pokok ini biasanya ditanam secara komersial untuk kayunya.

Atmosphere 360, KL Tower

| 0 comments so far
Last month ada member ajak, jom kita makan-makan kat KL Tower.... mmmm menarik... KL Tower pun tak pernah pergi lagi...

Beginilah pemandangan dari Level TH01 - Pelantar Pemandangan. Cuaca ketika ini agak kurang baik, mendung.


Restoren Berputar, Atmosphere 360 ini terletak di level TH03, dengan ketinggian 282M.

Semua meja makan adalah dibahagian tepi, 390 darjah, berhampiran dengan tingkap untuk memudahkan semua pelanggan menikmati makanan dengan pemandangan yang indah.


Antara hidangan buffet yang disediakan

Briyani

 Beef with Mushroom Sauce

Chicken with Black Pepper Sauce


Ikan Siakap Stim



Pelbagai jenis Sushi

 Salmon


Pelbagai jenis Dessert


Lunch Buffet, Monday - Sunday, 11:30am - 03:00pm

Harga:
Adult (Age 13 onwards), RM75.90++
Children (Age 5-12), RM58.60++


Location : 3.152836,101.70383


D'Bubbles Corner, ABC Special, Seksyen 2, Shah Alam

| 0 comments so far
Kalau dulu ada entri pasal Pegaga ABC... Kali ini kita pergi pulak gerai berhadapan dengan Pegaga ABC ini iaitu D'Bubbles Corner. Juga antara kedai ABC popular di Shah Alam.

 Kedai terletak di tempat yang sama. Macam dimaklumkan tadi berdepan je.


Harga juga sama kut... RM3

Rasa? masing-masing punya citarasa lah...

Location : 3.071505,101.508004


Restoren Ikan Bakar Bubu, Seksyen 7 Shah Alam

| 2 comments so far
Ada orang nak belanja makan ikan bakar.... malas nak pi jauh, jom kita try ikan bakar Bubu... dah lama juga kedai ni ada, tapi tak berkesempatan nak pergi....

Pergi sebelum maghrib.... agak clear juga..

Jom kita pilih ikan dulu....


 Jom kita tengok menu pulak.... sementara tunggu ikan masak.



Seperti yang diberitahu tadi... orang tak ramai sebab pergi sebelum maghrib dan hari kerja.... kadang-kadang kalau lalu tengok kedai ni waktu malam dan weekend... agak ramai juga...



Sotong goreng tepung


Ikan siakap stim lemon.

Harga? mohon maaf... lupa nak amik port pula kali ni, sebab orang belanja....

Location : 3.068355,101.490286


Yati Ayam Percik, Seksyen 7, Shah Alam

| 1 comments so far
Berkesempatan pula singgah di Yati Ayam Percik Seksyen 7 Shah Alam ini... Sebenarnya dah pernah pergi cawangan Yati di Bangi. Di Seksyen 7 ni, baru dirasmikan bulan Disember yang lalu.

Menyediakan makanan yang berasal dari Negeri Kelantan.




Ruang Kedai yang bersih dan tersusun


Waktu perniagaan Isnin - Ahad, 8AM to 12AM, Sembahyang Jumaat 1pm to 2pm

Seperti yang diceritakan di atas tadi, Restoren ini baru dibuka pada 11 Disember 2012 yang lalu.



 102, Nasi Kerabu Daging Bakar, RM8.90


 105, Nasi Goreng Yati Ayam Percik, RM9.50


 311, Solok Lada, RM1.90

305, Ayam Percik, RM4.30

Location : 3.06997,101.489457


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...