Welcome Message

.

Kafe Ahlaa, Seksyen 7, Shah Alam

| 0 comments so far
Entri kali ini kita pergi makan western pula di Kafe Ahlaa yang terletak di belakang Pasaraya Giant Seksyen 7 Shah Alam.

Apa maksud Ahlaa?

Ruang kedai yang tersusun kemas


Juga ada reading corner.

Mari kita lihat menu nya.






Ini Fish & Chips, RM11.90.

 Semua makanan disediakan dalam portion yang agak besar. memang mengenyangkan.

Mee udang, RM7.90.


Ummi's Gibna Chicken, RM13.90

Filet ayam rangup dengan sos tomato segar dilapisi keju mozarella dan cheddar.

Juga terdapat pelbagai jenis desert. ingat nak makan pavlova ni... tapi dah kenyang.

Business hours
Monday - Friday, 11.00am - 10.00pm
Saturday, 11.00am - 6.00pm
Sunday, Closed.




Ikan Bakar Seri Empangan Putrajaya

| 0 comments so far
Ada sekali tu pergi rumah saudara kat area Putrajaya. Sekali dia takde rumah pulak, lom sampai... perut dah lapar... "jom kita makan dulu la... makan ikan bakar nak?" Tanya si isteri... apa lagi google la... "Orait, jom kita pi Ikan Bakar Seri Empangan..." "Kat mana?" "Ntah, follow je GPS ni"

oooo kat sini, depan PICC

Sampai2... pilih meja dulu....

Pastu pilih la ikan...


Akhirnya ini je ikan yang dipilih... sebab ni je yg kecik ada... kang amik ikan besar tak abis lak...

"Abang nak masak apa ikan ni?" tanya si penjaga kedai.... "Semua bakar..." "Bakar ke semua?" celah si isteri pulak.... "Eh tadi kata nak ikan bakar... hehehhe"


"Lauk lain tak nak ke?" "Tak payah la kut, malam ni kita layan ikan bakar je"

 Agak ramai jugak mlm ni...


Nasi lemak (5 bungkus)


Kembong bakar...

Cencaru bakar... 

Sotong bakar (3 ekor)

Udang bakar (10 Ekor). ikan, udang, sotong semuanya fresh

Harga semua RM63.00 


Lokasi : 2.896265,101.679576


Kedai Makan Upin & Ipin, Seksyen 7 Shah Alam

| 1 comments so far
Dah lama sebenarnya anak2 ajak makan kat upin dan ipin ni... so satu malam tu pergi lah melayan diaorang.

Gambar malam tak baper jelas la pulak.Kedai terletak sebaris dengan Wong Solo Seksyen 7 Shah Alam kedai end lot..

Lepas maghrib terus pergi... klu lewat sure penuh je kedai ni. rata-rata bawak anak pegi la kan...

As expected, masuk kedai penuh barangan upin dan ipin... dari hiasan dinding hingga lah ke cenderahati

TV jangan citer la.... konfirm siri upin dan ipin.... khusyuk anak2 mata tak berkelip tertumpu kat TV. Saya lihat yang lain pun lebih kurang sama.... ok la jugak... takde lah anak2 mengamuk... senang sikit mak ayah nak menikmati makan... hehehheh

Ini antara menu yang disediakan... 

Nama menu semuanya menyelitkan nama watak-watak dalam siri Upin & Ipin.



Actually banyak lagi.... ada satu menu ayam goreng upin rasanya... saya lihat hampir semua meja order menu ini, sebab anak2 nak.... tapi last2 mak ayah jua yang mengabiskan... hehehhehe....


Ini mee goreng mamak...

 sedap jugak...

 Ini set nasi ayam Upin dan Ipin, RM8.90, free air (amik ice lemon tea)


Ini Mee Udang, RM8.90



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...