Welcome Message

.

Pisang Tanduk Goreng, Masjid Unta, Seksyen 18, Shah Alam

| 2 comments so far
Kalau nak makan pisang tanduk goreng, boleh tuan2 ke Masjid Al-Azhariah atau lebih dikenali sebagai Masjid Unta di Seksyen 18, Shah Alam. Sila rujuk islamgridAda orang panggil pisang tanduk, ada org cakap pisang lang... gua pun x tau... blogger animhosan ada maklumat lanjut, thank you.


Di depan masjid ni ada deretan gerai menjual pelbagai jenis minuman dan makanan, termasuk pisang tanduk goreng ini. Gerai ini fokus kepada pisang tanduk sahaja dan ubi keledek jika ada permintaan.


Masa gua sampai dlm kol 12 lebih, wak ni tgh tunggu minyak panas.... perhhh first customer of the day... kalau ko dtg petang sikit, mmg ramai giler tunggu... sekali beli sampai RM10, RM15... ada sekali tu gua nmpk brader ni beli RM25....

Dalam tong merah tu, bancuhan tepung goreng pisang... Wak ni akan kopek pisang tu, pegang dan slice pisang ke dalam bancuhan tu...

Setelah minyak panas, amik sepit dan masukkan pisang

Tu dia....

Proses pisahkan pisang2 yang melekat

Angkat... tos...

Gua first customer of the day...

Harga, 3 keping RM1. Sebab gua beli RM4 dapat 12 keping... 

Rangup di luar, lembut dan manis di dalam.... sangat sedap...

Location : 3.045174,101.51913

Cendol Pak Akob, Seksyen 16, Shah Alam

| 2 comments so far
Cuaca panas sekarang ni, memang sedap makan cendol.... tak panas pun sedap jugak.... Entri kali ini kita makan cendol Pak Akob. Terletak dihadapan Masjid Jamek Raja Tun Uda, Seksyen 16, Shah Alam. Satu gerai cendol melayu yang popular....

Cendol pulut... Rasa lemak, manis semua cukup....

Tu dia pulut...

Konsep Order dan Ambil...

 beratur, order, tunggu dia buat kejap, pastu angkat yg order td ke meja atau kereta... sebab kat sini meja/kerusi terhad... orang ramai...

Senarai Menu:
Cendol biasa, RM1.30
Cendol + pulut, RM 1.90
Cendol + tapai, RM 2.00 kut... dia dah tampal, x nmpk...
Cendol + tapai + pulut, RM pun sama, dah tampal, x nmpk...
Tambah kacang, RM 0.30
Bungkus, RM2, RM3, RM4, RM5, RM6

Juga ada disebelahnya, rojak... harga, RM3.00



Byk kereta, motor parking....



Ikan Bakar Sambal, Medan Selera Pulau Sebang, Alor Gajah

| 0 comments so far
Malam sebelum balik rumah, sedara gua ajak makan ikan bakar sambal dekat Medan Selera Pulau Sebang, terletak berhadapan dengan Stesen KTM Tampin. Sekarang ni Stesen KTM tu sedang dalam proses renovation, naik taraf. Stesen KTM Tampin ni kat Pulau Sebang, Pulau Sebang kat Alor Gajah, tapi nama Stesen KTM Tampin..... 
confuse gua.... anyway boleh rujuk kat http://ms.wikipedia.org/wiki/Stesen_keretapi_Tampin




Medan selera ni ada lebih kurang 10 kedai... kedai nya yang paling kiri sekali...

Layan kacang rebus dulu....


Kerang rebus... 

Telur dadar

sambal kicap.... pedas gak

Sambal sotong.... tapi rupa macam masak kicap... hitam... tapi sedap...


Ikan cencaru bakar sambal.... perrhhh mmg sedap... pedas.... berair mata...

Actually ada gak pari tuka bakar sambal... my feveret.... 

Harga tak tau.... sebab orang belanja.....

Location : 2.463724,102.22689

Perigi Hang Tuah, Melaka

| 0 comments so far
Zaman sekolah je pegi tempat ni... lawatan sambil belajar kan... dah lupa, so gua pun singgah la sebentar di Perigi Hang Tuah


Lokasinya terletak di Kampung Duyong. Perigi ini dikatakan digali sendiri oleh Hang Tuah. Keadaan bentuk, keluasan dan kedalaman perigi ini berubah menjadi besar yang mana dahulu dikatan kecil sahaja. Ianya tidak pernahkering walaupun di musim kemarau panjang airnya yang jernih di anggap suci kerana dapat menyembuhkan sebarang penyakit dan juga untuk kegunaan bayar niat atau sebagainya.
Kepercayaan masyarakat tempatan bahawa ada buaya putih yang tinggal dalam telaga tersebut. Buaya putih tersebut ada kaitan dengan Hang Tuah yang di anggap sebagai keramat Hang Tuah. Dikatakan dengan adanya perigi tersebut, dibuat kesimpulan bahawa Hang Tuah berasal dari Duyong, Sumatera Timur oleh masyarakat setempat. Alasan yang digunakan oleh mereka juga sama kerana di sana dikatakan terdapat sebuah perigi Hang Tuah.
Sejarah dan latar belakang beliau dapat dirujuk dalam keterangan Makan Hang Tuah. Perigi ini berada di bawah jagaan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan keadaan persekitarannya terkawal.
Perogi Hang Tuah telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapaktanah bersejarah di bawah akta bendapurba bilangan 168/1976 pada 29/09/1977.









Location : 2.200163,102.296952

Masjid Selat Melaka

| 0 comments so far
Di Melaka, boleh kita pergi ke Masjid Selat Melaka....


Masjid Selat Melaka yang bercirikan seni bina Melayu dan Timur Tengah ini terletak di Pulau Melaka di atas kawasan seluas 1.8 hektar. Ianya menjadi mercu tanda baru yang memperlihatkan kecemerlangan dan keagungan seni bina Islam moden Melaka, Majlis perasmian telah disempurnakan olah Yang Di Pertuan Agung Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tunku Syed Putra Jamalullail pada 24 November 2006 bersamaan 5 Zulkaedah 1427H. Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, ianya turut menjadi antara tarikan pelancongan menarik di Melaka.









Location : 2.179833, 102.248833


View Larger Map

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...