Ada banyak kedai breakfast satay di muo ni.... cukup banyak dan orang sentiasa ramai... especially hari minggu.... lepas pergi pasar tani, terus ke bando (bandar, org muo panggil bando) makan satay.
Kali ini gua pegi antara kedai satay yang popular iaitu Sate Maharani. Terletak di depan bus stand Pagoh...
Tu dia punya ramai orang.... penuh kedai.... orang tunggu meja... meja ada byk... sampai ke luar belakang kedai pun ada.... gua kira2 kedai ni boleh menampung kira-kira 100 pelanggan dalam 1 masa...
Kat luar dia bakar satay... pakai kipas manual.... kipas tangan laaa
Duduk je sat lagi ada orang antar kuah satay...Kat sini dah tau dah, orang datang untuk makan satay
pastu baru order... menu lain pun ada... tapi biasanya kat muo ni, bila makan satay, dia kene partner dgn mee rebus....
Ini dia mee rebus.... harga RM 3.00...
juga ada lontong RM 3.00
nasi lemak telur RM 1.50
roti bakar kawin RM 2.00, 1 set
roti manja (2 telur) RM 4.00
the best thing satay kat sini, korang mintak je satay campur... tak payah cakap ayam 20, daging 10... tak payah... terus dia akan hantar satay ayam, daging, perut, paru, limpa, hati.... tapi kali ni hati n limpa dah padam dari menu.... susah dapat stok kut.... dulu ada...
dia akan hantar baper2 lah tak kisah.... nanti dah sudah, dia akan kira baper cucuk yang korang makan je... yg tak makan tak di kira laaa...Satay, semua jenis berharga RM 0.60 secucuk....
Satay Perut.... The Best....
Satay Paru....
Satay Ayam....
Satay Daging/Lembu
Tempat buat air...
"TERIMA KASIH KERANA TELAH MEMILIH KAMI UNTUK MENYEDIAKAN SARAPAN PAGI ANDA" .... heheheh mmg satay is the breakfast for muarian....
Ruang dinding kedai ini dipenuhi dengan gambar-gambar selebriti yang sudah makan satay di kedai ini....
Conclusion.... Best In The World
Location : 2.050551,102.570494
View Larger Map