Welcome Message

.

Polperro Steak House, Seksyen 7 Shah Alam

| 0 comments so far
Restoren western Polperro Steak House ini sudah agak lama juga beroperasi. Pada awalnya sambutan terhadap restoren ini agak kurang... sering dilihat tiada pelanggan yang makan di sini... Pun begitu ianya masih bertahan... Satu salute kepada pengusahanya yang tidak mudah putus asa...


Dan berkat kesabarannya, sejak akhir-akhir ini saya melihat pelanggannya kian bertambah... Jika kebetulan lalu di sini, ada sahaja pelanggan yang makan... jika dulu, pelayan yang duduk di kerusi, tapi kini, kalau tak ramai pun masih ada pelanggan yang duduk menikmati makanannya.

Mari kita lihat menunya... menyediakan hidangan western...



"Inspired by Polperro, a scenic Cornish Fishing Village in Cornwall, England"

Ini lah gambar Polperro... sebagai hiasan dinding dibelakang kaunter restoren...


Susunan kemas dan bersih... penuh dengan hiasan dinding...

This is Sizzling Steak Combo... kepingan daging, 2 ekor udang besar, coleslaw. whip potato, baked bean and garlic bread, with black pepper sauce... RM18.90


 This is, Mushroom Soup and Garlic Bread, RM5.90

 And this is Fish and Chip, kepingan ikan digoreng garing, fries, coleslaw, garlic bread with mayonnaise, RM8.90


Semua hidangan agak banyak juga... nasib baik order 2 je... boleh makan with my 2 daughter...

 Fresh orange, RM3.50

 Apple juice, jumbo glass, RM5


Overall, IMO makanan ok... portion pun agak besar... service pun cepat...

Location : 3.076712,101.489025


Nasi Lemak Daun Pisang Part 2

| 2 comments so far
Dulu ada entri pasal Nasi Lemak Daun Pisang... Sekali terjumpa satu gerai menjual nasi lemak daun pisang seperti gerai yang dulu...

Aikk... macam sama je dengan nasi lemak yang dulu tu... tapi ni tempat lain....

Setelah diselidik... memang nasi lemak yang sama rupanya... branch lain barang kali...


Terletak di Bus Stop berhadapan dengan Apartment Kristal Height Seksyen 7, Shah Alam... Pagi nak pergi keje memang ramai yang singgah membeli nasi lemak...

Kali ni beli pulut panggang...


Dan nasi lemak S... iaitu sotong.... 

Harga RM2... tapi IMO, lagi sedap nasi lemak K (kerang) dia...

Location : 3.073506,101.481236


JM Bariani House, Seksyen 7 Shah Alam

| 0 comments so far
Di area Shah Alam ni selain dari  JM Bariani House, Tesco, mereka juga ada di seksyen 7, berhampiran dengan Jakel.

 Kali ini, tak ditimbus pulak lauknya...

Rasa, sama macam JM tempat2 lain juga...


Ruang dalam yang tersusun dan agak cantik...


Juga ada western set...

Yang ini, set nase bariani...


Location : 3.067822,101.489698


View Larger Map

Mee Udang, Medan Selera Sri Tambang, Sungai Dua

| 3 comments so far
Last week kene pergi Permatang Pauh atas urusan kerja... Setelah selesai urusan, dah pukul 2, jom makan mee udang lah...

Maka kami pun pergilah ke Medan Selera Sri Tambang... Antara kedai yang popular jugak lah kalau sebut mee udang sungai dua ni...

 Kedai yang agak besar... tapi masa sampai tu dalam pukul 3, takde orang sangat...

 duduk lah order air... pastu kene pi pilih udang nak baper banyak...

 Tu dia senarai harga...

 Maka kami pun pilihlah udang ni... 16 ekor kesemuanya, berat tak tau lak baper... buat mee kuah makan 4 orang....


 selain udang, ada juga ketam dan ikan siakap...


Air kelapa...

 Tunggu dalam 10 min... sampai lah semangkok besar mee kuah yang dipenuhi dengan 16 ekor udang...

Besaq tu udang...


 Udang fresh...

Makan 4 orang, harga semuanya termasuk air, RM80...

Location : 5.43031, 100.43150


JS Cafe, Puncak Jalil

| 0 comments so far
Biasanya makan dulu baru solat Jumaat. Kalau solat di masjid kat area PUJ2, selain makan kat Tat Nasi Ayam, leh jugak makan kat JS Cafe ni...  dekat je dua-dua kedai ni...

Menyediakan masakan ala-carte...

Antara menu yang ditawarkan...


 Ruang dalam kedai yang tersusun dan kemas...

Ini Kuay Teow Kungfu, RM5.50


 Nasi Goreng Ayam/Daging, RM6.50


Mee Goreng Mamak, RM5.50... yang ni IMO sedap...

Updates : 25 March 2013

Grilled Chicken Chop, RM9.90

Chicken Chop, RM8.90 kut...


Location : 3.017267,101.675449


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...