Pages

Kota Belanda Pulau Pangkor

Kota ini telah dibina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Rakyat tempatan yang tidak setuju dengan cara Balanda memperolehi bijih timah tersebut telah membinasakan kota in pada tahun 1690. Belanda telah membinanya semula pada tahun 1743 dan menempatkan seramai 60 orang pengawalnya disini hingga tahun 1748. Selepas dari tarikh tersebut, ia tidak digunakan lagi.


Kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah akta bendapurba 1976 dlaam seksyen No. 242, warta kerajaan Negeri Perak bertarikh 21 Mac 1978. Menurut akta ini, sesiapa yang didapati bersalah melakukan pencerobohan dan kerosakan keatas monumen lama dan tapak tanah bersejarah boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau kedua-duanya. 

Belanda Di Perak
Sejarah awal kedatangan orang Belanda di negeri Perak bermula pada tahun 1641 setelah Belanda berjaya menawan perairan Melaka dengan menguasai perniagaan bijih timah dan rempah ratus.
Belanda cuba memonopoli perdagangan membeli dan menjual bijih timah di Perak dengan mempengaruhi Sultan Perak iaitu Sultan Muzaffar Syah tetapi hasrat tersebut ditolak.
Belanda mengambil langkah dengan menemui Sultan Acheh iaitu Sultanah Tajul alam Safiatuddin yang menyebabkan Sultan terpaksa menandatangani perjanjian dengan membenarkan Belanda membina lojinya di Kuala Perak pada 15 Ogos 1650. Ini menimbulkna rasa tidak puas hati gulongan bangsawan Perak.

Penentangan
Pada tahun 1651, penentangan timbul apabila Temenggong dan orang PERAK menyerang dan memusnahkan loji Belanda dan ini menyebabkan Belanda terpaksa meninggalkan Perak.
Pada tahun 1655, Belanda menghantar wakil untuk memperbahurui perjanjian bagi menuntut gantirugi tetapi Perak tidak mematuhi perjanjian tersebut dan menyebabkan Perak dikepong oleh Belanda.
Akhirnya orang Perak, bersama Acheh, Ujung Salang melancarkan serangan mengejut ke atas Belanda.

Kesan Penentangan
Pada tahun 1670, Belanda datang ke Perak semula dan membina Kota Kayu yang kini di kenali sebagai Kota Belanda
Pembinaan Kota Kayu tersebut telah dipersetujui oleh Perak kerana pada masa yang sama terdapat khabar angin yang menyatakan Kerajaan Siam akan melancarkan serangan ke atas Perak. Dengan terbinanya kubu tersebut maka ia merupakan satu kelebihan pada Perak bagi menghadapi serangan Siam.

Namun pada tahun 1685, Perak kembali menyerang Belanda di Pulau Pangkor dan menyebabkan Belanda berundur dari Perak dan maskasnya terpaksa ditutup. Akhirnya kubu peninggalan Belanda itu dikekalkan dan menjadi bahan tinggalan sejarah hingga ke hari ini.




No comments:

Post a Comment